about me

Saturday, December 7, 2013

"Apa nak buat...saya memang jahat!"

"Dah nasib badan.. nak buat macam mana lagi?"

"Saya memang tak pandai..usaha macam mana sekalipun still dapat tempat last jugak"

"Tak payah sebok ambil tahu pasal saya..saya ni memang jahat, tak boleh nak berubah dah, hantar la saya pergi kaunseling ke, pejabat agama ke, office ketua kampung ke takde guna dah. Allah dah tetapkan saya ni jahat"

"Dah memang takdir saya untuk bergelumang dalam jalan maksiat ni..kalau bertaubat pun entah Allah nak terima taubat saya ke tak!"


Saya budak jahat, biarkan saya sorang sorang. T.T

Sedar atau tidak, ungkapan ini sering keluar dari bibir bibir individu yang beranggapan sudah tiada harapan untuk berubah ke arah kebaikan serta menyalahkan Allah SWT kerana menjadikan takdir sedemikian rupa.
Diri kita pula bagaimana? (nauzubillahiminzalik)

Sering, apabila kita terjerumus dalam lembah kerosakan mahupun terjatuh dalam lubang masalah kita menyalahkan takdir.

Kita menganggap sudah takdir untuk diri menerima nasib sedemikan rupa.
Menganggap sudah takdir untuk Allah SWT men'jahat'kan diri kita.
Men'jerumus'kan kita dalam lembah kebinasaan.

Tidak.
Tidak sama sekali.

Itu pentingnya kita refleksi diri kita.
Muhasabah.

Adakah kita pada mulanya yang memilih untuk mengikuti jalan kebinasaan?
Adakah kita hanya berserah, tanpa sebarang usaha, lalu menyalahkan Allah SWT atas perkara yang berlaku atas diri kita?

Gulp.
Tepuk dada tanya iman.
Tanpa sedar kita sendiri yang menjerumuskan diri dalam lembah kebinasaan.
Tanpa sedar kita yang tidak berusaha dan hanya menganggap 'sudah takdir' untuk kita menerima sedemikian rupa.

Sungguh,
Allah itu Maha Penyayang.

Kasih serta rahmatNya melimpah ruah.
Semuanya terpulang kepada diri kita.
Sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah?

Di saat kita senang, kita lupakan Allah.
Di saat kita susah, kita mula mencari Allah.
Bila senang kembali, kita lupakan Allah.

Define hipokrit. Itulah dia.
Apabila kita terjatuh kita menyalahkan takdir, kita menyalahkan Allah.
Sedangkan, apabila pergantungan kita real, 100% terhadap Allah SWT, insha Allah, kita tidak akan menyalahkan Allah atas perkara yang berlaku dan sebaliknya kita refleksi diri kita kembali.

Pergantungan kepada Allah ini jugalah menyelamatkan kita dari duri duri kebinasaan.
Apabila kita tidak letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah maka kita akan meletakkan pergantungan terhadap benda lain.
Harta, pangkat, dan sebagainya. Pergantungan yang bersifat sementara.

" Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan"
[Al-Fatihah:5]

Allah juga memberikan kita pilihan;
Untuk memilih jalan yang hendak dipilihnya.

Kebaikan vs kejahatan.

Tetapi, Allah sendiri menyatakan,
Jika kita memilih kebaikan, maka Allah akan memberikan pengakhiran yang baik untuk diri kita.
Tapi sebaliknya, jika kita  memilih kejahatan, maka pengakhirannya juga menjadi buruk untuk diri kita.

Therefore, choices are within our hand.

Untuk menjadi jahat ataupun baik?

Sebagaimana firman Allah SWT:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"
[Ar-Ra'd:11]

Jelas Allah menyuruh kita berusaha.
Jika usaha pun takdak, tapi kita sibuk dok complain dan menyalahkan takdir, maka eloklah kita istighfar dan re-check diri kita.

Peluang ada depan mata, tapi kita dok persiakan.
Sebaliknya kita jadikan alasan 'saya memang jahat-dah tak boleh ubah diri saya-Allah jadikan saya jahat' sebagai tiket VIP untuk terus lakukan maksiat dan dosa.

Sungguh, rahmat serta kasih sayang Allah itu luas.
Maka, tidak terlambat untuk kita re-check diri, muhasabah 100%, kerana ruang untuk bertaubat terbuka luas untuk kita.

"Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang"
[Az-Zumar:53]

See, betapa kasihnya Allah SWT terhadap hamba hambaNya.
Kita pulak?

Nangis T.T



muhammad muhaiminul hakim jamaluddin
seoul, korea selatan
7/12/2013
11.07 pm

1 comment:

  1. Alhamdulillah,,sgt memberi kesedaran diri kita sapa

    ReplyDelete