about me

Friday, August 14, 2015

Superman Returns!

Bismillahirahmanirahim.



"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk". 
[Surah Al-Kahfi 18:13]



Pemuda, orang muda muda. 
Tentunya mereka memiliki tenaga luar biasa. Kerana itu Soekarno bisa mengungkapkan kata kata mutiaranya yang berharga sepanjang zaman 'Berikan aku 10 orang pemuda, nescaya aku mampu mengubah dunia'. 

Kerana pemuda, secara sunatullahnya mewarisi tonggak perjuangan menegakkan al-haq dan menentang cengkaman al-batil.

Pemuda, Fuh. Sosoknya pun sudah gerun.
Sudah tentu bukan biasa-biasa.


***

Superman Returns.
SUPERMAN RETURNS?



Kredit: http://www.onyxtruth.com/2014/04/02/superman-is-dead-a-white-savior-isnt-needed

Nah. Bukan figura berbadan sasa berseluar dalam merah di luar.



대한,민국,만세 (Daehan, Minguk,Manse)


Oh, sudah tentu bukan dimaksudkan dengan rancangan realiti Korea yang memaparkan gelagat anak anak comel bersama bapa mereka yang menjadi popular kerana kembar tiga Daehan,Minguk,Manse.

Ya mungkin ada perkaitan dengan Superman yang ingin saya kongsikan dalam tajuk kali ini dengan ibrah serta analoginya yang dibawa melalui sisi lain; iaitu melalui kacamata dakwah dan tarbiah.

Pemuda. Syabab. Rijal. Youth.

Apa jua definisi serta kata yang membentuknya dapat dibayangkan, seorang pemuda itu sosoknya muda dan penuh kudrat, akalnya pantas memikirkan masalah serta penyelesaian, serta mempunyai semangat(hammasah) yang membuak buak tingginya.

Menurut Imam Hassan al-Banna melalui risalahnya Wahai Pemuda, rukun pemuda terbahagi kepada empat bahagian:
1. Iman (qalbun zakiy); hati yang suci
2. Ikhlas (fuuadun naqiy);jiwa yang bersih
3. Hamasah (syu'ur qawiy);perasaan yang kuat
4. Amal (al-'azm fatiy);azam seorang pemuda


Keempat rukun ini membentuk pemuda yang mampu membawa keluar masyarakat serta umat manusia yang bergelumang dalam gelombang jahiliyyah serta kesesatan yang nyata ke jalan kebenaran yang menjanjikan syurga buat orang orang yang beriman serta bertaqwa kepada Allah SWT.

Bahasa mudahnya, peranan pemuda sangat crucial dalam menjadi pasak serta tonggak utama dalam membawa perubahan serta menyedarkan umat yang masih lena serta masih dimomokkan dengan budaya hedonisme serta hiburan yang mencairkan kualiti sebagai seorang Muslim.

Pernah terdengarkah kita nama nama seperti Mus'ab bin Umair r.a? Thalhah bin Ubaidillah r.a? Abdullah bin Mazh'un r.a? 

Dah sudah semestinya kita sedia maklum dengan nama Ali bin Abi Talib r.a- khalifah keempat dalam Khulafa' Ar Rasyidin dan menjadi antara golongan terawal menerima hidayahNya. Kesemuanya memiliki satu persamaan yang sama; mereka ialah seorang pemuda berjiwa mujahid dan penuh tenaga dalam menegakkan agamaNya satu ketika dahulu!

Jika dibandingkan dengan pemuda sekarang;
'Alah, itu dulu. Sahabat Nabi boleh lah.' Ok fine.

Katanya perbandingan tidak adil.
Anda lihat pemuda pada zaman sekarang, 
Vape, check.
Rokok, check.
Girlfriend, eh mestilah ada.
Hiburan,game melampau; alah, muda muda nilah kita nak hiburan. Stress belajar dekat uni!

Kehidupan ibarat robot yang akhirnya diulang dan diulang membentuk kitaran hidup yang sama. Tidak mengetahui tujuannya diciptakan. Habis bateri, terus tidak bergerak. Rosak dan terbuang.

Dan pemuda pemuda inilah yang memenuhi media media sosial mencaci dan menghamun sesama sendiri, mengelarkan sesama mereka macai, dan menjadi pakar segera mengalahkan mereka yang ada PhD. Sekejap pakar aviation, lepas tu beralih kepada pakar perundangan, pakar politik dan tiba tiba menjadi pakar ekonomi. Tidak salah untuk berkongsi rasa dan pendapat, tapi sewajarnya pemuda memiliki akhlak serta rasa kesedaran yang tinggi.

Setakat sembang, "$(@# punya GST, habis duit aku. Itulah, sebab $%$*& perintah negara semua jadi ^#^^$ $^$^3!!" sambil menghirup Starbucks dan rokok di tangan. Ironi apakah ini?

Sayang seribu kali sayang.
Tidak kurang juga pemuda yang langsung tidak mengambil tahu isu isu semasa, dan berada dalam dunianya sendiri. 

Pemuda,
Kita harus bermisi dan bervisi. Sekadar berteori dan menjadi jaguh papan kekunci di laman sosial tidak mampu membawa umat ke mana.

Pemuda perlu keluar dari kepompong al-hawa untuk kembali melihat realiti dunia yang penuh dengan kerosakan demi kerosakan yang nyata.

Umat memerlukan superhero, yang sudah lama tidur panjang dan lena diulit mimpi hedonisme.
Umat memerlukan superhero, yang mampu membebaskan mereka dari cengkaman raksasa al-hawa.
Jikalau Superman mampu menyelamatkan dunia, adakah kita juga mampu menyelamatkan umat ini dari kesesatan nyata?

Sudah tentu boleh! Cuma memerlukan sedikit kesedaran. Membuka mata dan melihat realiti umat yang semakin parah.

Ya, umat memerlukan anda, memerlukan kita semua kembali, dalam misi membangkitkan Islam kembali yang dahulunya tersebar hingga 2/3 dunia serta menjadi rahmat buat sekalian alam!


Kerana kemenangan itu, 
Hanyalah dari Allah Maha Gagah dan Bijaksana.



p/s: Comeback after setahun. Alhamdulillah. Atas perancanganNya, rasa tergerak balik nak menulis blog. Maafkan saya sekiranya ada komen komen yang tidak tereply. InsyaAllah akan terus bergerak dan bergerak. Infiru!



Muhaiminul Hakim.
Melaka,Malaysia.
12:16 am. 14 Ogos 2015. 29 Syawal 1436.

Tuesday, July 8, 2014

tips belajar?

Bismillahirahmanirahim.
Last post saya ialah pada bulan Disember 2013.

Fuh. Dah lama sangat tak update blog. So hari ini diizinkan Allah untuk saya menulis satu entri setelah lama sangat tak tulis apa apa dekat sini. Dan ini juga merupakan entri pertama saya di Malaysia setelah hampir setahun lebih di Korea (yeah)

Alhamdulillah.
Homesick pun dapat dirawat, makanan Malaysia pun dapat dijamah, sungguh perasaan tu terbaik.

Jadi hari ni saya akan menulis tentang apa?
Baik. Sebelum mula kita tarik nafas dulu.

Ok. Sebelum ni saya sering dihujani pelbagai pertanyaan mengenai cara cara untuk apply pengajian di Korea, FAQ mengenai pengajian di Korea dan sebagainya. Jadi hari ni saya akan menerangkan secara ringkas (sekali lagi) tentang cara cara untuk apply pengajian di Korea dan untuk entri kali ini juga ada request khas melalui emel saya untuk saya menulis tentang cara belajar saya sewaktu di sekolah dulu dan macam mana saya skor A dalam SPM.

Emm. Saya pada mulanya agak risau sewaktu menerima request ni sebab saya tak berapa nak yakin saya ialah orang yang terbaik untuk berkongsi tips tips belajar kerana result saya taklah sebaik mana (bukan straight A plus pun) tapi insyaAllah saya akan cuba berkongsi apa yang termampu ok!

1.      Cara belajar berkesan?
a.      Kalau ikut pengalaman saya cara belajar saya sewaktu di sekolah menengah ialah saya akan tumpukan perhatian sewaktu cikgu mengajar di kelas (tapi bila teringat balik kadang kadang saya yg tidur waktu kelas! Adui..) Kalau boleh tumpukan perhatian 100% waktu cikgu mengajar sebab time ni la cikgu akan highlightkan perkara penting, soalan spot, benda yang sepatutnya kita tahun dan tak perlu tahu dan mcm mcm lagi. Lagi satu, kalau fokus time mengajar ni lagi laa cikgu suka. Kalau cikgu suka, semua berkat. Haa, ilmu pun senang masuk!
b.      Benda yang tak faham kena tanya cikgu terus, bukannya check buku rujukan. Memang tak dinafikan berlambak buku rujukan di pasaran. Ada yang bagus, ada yang tak. Tapi laaaagi bagus kalau jumpa cikgu direct dan tanya. Orang kata ada bond antara cikgu dan student dan penerangan lagi dapat secara jelas. Jangan malu nak tanya. Kalau ada orang cakap belakang pun pedulikan, kita yang nak cemerlang kan?
c.      Buat homework. (penting!) Tak dinafikan buat homework lah benda paling leceh dalam kehidupan student (hahaha) tapi tak dinafikan hw la benda yg paling membantu student. Jangan liat buat hw, dan jangan tangguh kalau nak cemerlang dalam exam.
d.      Buat la jadual waktu belajar. Kadang kadang kita banyak benda nak study tapi disebabkan tak rancang dengan betul kita end up buat benda lain dan masa jadi tak cukup. Bila ada jadual waktu ni, kita pun kena disiplin ikut setiap jadual kita.
e.      Kalau ikut style saya belajar, saya akan buat nota lepas habis satu bab. Tak kisah la nak buat dalam study map ke or nota ringkas ke tapi saya akan buat rumusan untuk satu bab tu dan benda ni boleh rujuk balik time study for exam. Ada orang cara dia baca je buku sebelum exam tapi saya tak. Bila salin balik kita akan cepat ingat :) Kalau nak fancy sikit guna la pen colour colour. Saya guna jugak tapi colour saya tak lebih dari 3 sebab leceh sangat nak guna banyak banyak (haha)
f.       Ajar orang lain. Kalau ada orang lain tanya kita jangan kedekut nak kongsi ilmu. Sebab bila kita ajar orang lain, ilmu tu lagi senang kita nak ingat. Sebab kita akan study dulu benda tu dan baru ajar orang lain. Kalau takde orang tanya pun kita murahkanlah hati ringan tulang offer diri untuk ajar. Haa kan lagi bagus macam tu?
g.      Study group. Untuk saya study group ideal untuk sesetengah subjek je. Macam subjek yang perlukan hafal hafal macam Bio, Chemistry lagi better buat study group. Kalau macam subjek Maths better kita concentrate buat latihan and latihan and latihan.
h.      Minat. Cuba tanamkan minat dalam subjek yang kita belajar. Ni depends kepada diri sendiri. Kena cari cara yang terbaik untuk tanamkan minat dalam subjek tu. Kalau tak minat...macam mana kita belajar pun kita akan jadi tak suka dengan subjek tu.
i.       Last and the most important thing is hubungan kita dengan Allah dan manusia pun kita kena jaga. Sebab kita kena tahu tujuan kita study. Adakah kita study sebab semata mata nak skor terbaik dalam exam? Yang ni kita kena fikir. Kita kena ingat study ni ialah sebagai alat untuk mendapatkan keredhaan Allah (our first priority!) Jadi kalau kita study hard gila gila tapi tak tahu apa tujuannya dan hanya mengabdikan diri dengan study pun tak boleh jugak, ye dok? Apa apa pun, put your priority first. Tak lupa jugak hubungan kita sesama manusia. Janganla kita sibuk gaduh dengan orang, mengumpat sana sini tapi kita anggap takde kaitan dengan study. Penting tu. Hubungan dengan parents dan family jangan lupa jugak!

2.      Bagaimana nak skor A dalam SPM?
a.      Err kebanyakkannya saya dah jawab dalam soalan di atas.
b.      Tapi yang penting persiapan sebelum SPM. Jangan buat persiapan last minute. Kena sentiasa bersedia.
c.      Doa dan ibadah penting. Jangan pernah tinggal ok!
d.      Redha dan tawakal. Jangan kecewa bila tak dapat result seperti apa yang kita nak. Boleh jadi masa depan kita jadi lebih baik. Kadang kadang kita kena lalui jalan yang perit dulu sebelum jumpa cahaya.

3.      Cara untuk apply ke Korea
a.    Saya pernah tulis cara cara untuk apply ke Korea dan soalan lazim tentang pengajian di Korea. Boleh rujuk post post saya yang lepas.
b.    Tapi biarlah saya cerita secara ringkas. Saya apply biasiswa JPA untuk engineering dan melalui proses temuduga (kena sentiasa alert bila JPA umumkan tarikh untuk apply biasiswa) sebelum diterima masuk ke INTEC, Shah Alam untuk persediaan bahasa selama 9 bulan. Kemudian kalau lepas 3.0 (pointer) boleh fly ke Korea. Subjek yang saya ambil sewaktu di INTEC ialah Bahasa Korea, Pre Calculus, English, Physics, Chemistry dan Islamic Studies. Ha lagi satu, setakat ni penaja yang tawarkan pengajian di Korea ialah JPA, MARA dan Korean Government. Kena pandai cari dan search dalam internet. Kursus yang ditawarkan di Korea (setakat ni) ialah engineering dan animation (MARA). Yang lain harap maaf, takde. Kalau nak boleh, tapi kena apply guna ongkos(duit) sendiri ye. Lepas fly ke Korea akan sambung lagi persediaan di Language Education Institute, Seoul National University untuk setahun. Kalau lepas pointer (3.75) boleh apply degree terus untuk 4 tahun dan kalau tak lepas, kena apply diploma 2 tahun dan degree 2 tahun.
c.      Kalau nak tahu lebih lanjut, apply la ke Korea! (hehe)

Saya telah pun menjawab ketiga tiga soalan tadi (mohon ampun kalau ada kekurangan sobs sobs) dan kalau ada apa apa persoalan boleh la ajukan kepada saya. Tapi sorry kalau terlambat reply dan sebagainya sebab saya bukan 24 jam boleh akses kepada internet (sedih lagi) dan insyaAllah bertemu lagi la kot dalam entri saya akan datang (kalau ada rezeki) dan semoga terus sukses kepada pembaca blog ni. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak!

Sekian.

muhammad muhaiminul hakim jamaluddin
8 julai 2014.

malaysia.