about me

Friday, August 14, 2015

Superman Returns!

Bismillahirahmanirahim.



"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk". 
[Surah Al-Kahfi 18:13]



Pemuda, orang muda muda. 
Tentunya mereka memiliki tenaga luar biasa. Kerana itu Soekarno bisa mengungkapkan kata kata mutiaranya yang berharga sepanjang zaman 'Berikan aku 10 orang pemuda, nescaya aku mampu mengubah dunia'. 

Kerana pemuda, secara sunatullahnya mewarisi tonggak perjuangan menegakkan al-haq dan menentang cengkaman al-batil.

Pemuda, Fuh. Sosoknya pun sudah gerun.
Sudah tentu bukan biasa-biasa.


***

Superman Returns.
SUPERMAN RETURNS?



Kredit: http://www.onyxtruth.com/2014/04/02/superman-is-dead-a-white-savior-isnt-needed

Nah. Bukan figura berbadan sasa berseluar dalam merah di luar.



대한,민국,만세 (Daehan, Minguk,Manse)


Oh, sudah tentu bukan dimaksudkan dengan rancangan realiti Korea yang memaparkan gelagat anak anak comel bersama bapa mereka yang menjadi popular kerana kembar tiga Daehan,Minguk,Manse.

Ya mungkin ada perkaitan dengan Superman yang ingin saya kongsikan dalam tajuk kali ini dengan ibrah serta analoginya yang dibawa melalui sisi lain; iaitu melalui kacamata dakwah dan tarbiah.

Pemuda. Syabab. Rijal. Youth.

Apa jua definisi serta kata yang membentuknya dapat dibayangkan, seorang pemuda itu sosoknya muda dan penuh kudrat, akalnya pantas memikirkan masalah serta penyelesaian, serta mempunyai semangat(hammasah) yang membuak buak tingginya.

Menurut Imam Hassan al-Banna melalui risalahnya Wahai Pemuda, rukun pemuda terbahagi kepada empat bahagian:
1. Iman (qalbun zakiy); hati yang suci
2. Ikhlas (fuuadun naqiy);jiwa yang bersih
3. Hamasah (syu'ur qawiy);perasaan yang kuat
4. Amal (al-'azm fatiy);azam seorang pemuda


Keempat rukun ini membentuk pemuda yang mampu membawa keluar masyarakat serta umat manusia yang bergelumang dalam gelombang jahiliyyah serta kesesatan yang nyata ke jalan kebenaran yang menjanjikan syurga buat orang orang yang beriman serta bertaqwa kepada Allah SWT.

Bahasa mudahnya, peranan pemuda sangat crucial dalam menjadi pasak serta tonggak utama dalam membawa perubahan serta menyedarkan umat yang masih lena serta masih dimomokkan dengan budaya hedonisme serta hiburan yang mencairkan kualiti sebagai seorang Muslim.

Pernah terdengarkah kita nama nama seperti Mus'ab bin Umair r.a? Thalhah bin Ubaidillah r.a? Abdullah bin Mazh'un r.a? 

Dah sudah semestinya kita sedia maklum dengan nama Ali bin Abi Talib r.a- khalifah keempat dalam Khulafa' Ar Rasyidin dan menjadi antara golongan terawal menerima hidayahNya. Kesemuanya memiliki satu persamaan yang sama; mereka ialah seorang pemuda berjiwa mujahid dan penuh tenaga dalam menegakkan agamaNya satu ketika dahulu!

Jika dibandingkan dengan pemuda sekarang;
'Alah, itu dulu. Sahabat Nabi boleh lah.' Ok fine.

Katanya perbandingan tidak adil.
Anda lihat pemuda pada zaman sekarang, 
Vape, check.
Rokok, check.
Girlfriend, eh mestilah ada.
Hiburan,game melampau; alah, muda muda nilah kita nak hiburan. Stress belajar dekat uni!

Kehidupan ibarat robot yang akhirnya diulang dan diulang membentuk kitaran hidup yang sama. Tidak mengetahui tujuannya diciptakan. Habis bateri, terus tidak bergerak. Rosak dan terbuang.

Dan pemuda pemuda inilah yang memenuhi media media sosial mencaci dan menghamun sesama sendiri, mengelarkan sesama mereka macai, dan menjadi pakar segera mengalahkan mereka yang ada PhD. Sekejap pakar aviation, lepas tu beralih kepada pakar perundangan, pakar politik dan tiba tiba menjadi pakar ekonomi. Tidak salah untuk berkongsi rasa dan pendapat, tapi sewajarnya pemuda memiliki akhlak serta rasa kesedaran yang tinggi.

Setakat sembang, "$(@# punya GST, habis duit aku. Itulah, sebab $%$*& perintah negara semua jadi ^#^^$ $^$^3!!" sambil menghirup Starbucks dan rokok di tangan. Ironi apakah ini?

Sayang seribu kali sayang.
Tidak kurang juga pemuda yang langsung tidak mengambil tahu isu isu semasa, dan berada dalam dunianya sendiri. 

Pemuda,
Kita harus bermisi dan bervisi. Sekadar berteori dan menjadi jaguh papan kekunci di laman sosial tidak mampu membawa umat ke mana.

Pemuda perlu keluar dari kepompong al-hawa untuk kembali melihat realiti dunia yang penuh dengan kerosakan demi kerosakan yang nyata.

Umat memerlukan superhero, yang sudah lama tidur panjang dan lena diulit mimpi hedonisme.
Umat memerlukan superhero, yang mampu membebaskan mereka dari cengkaman raksasa al-hawa.
Jikalau Superman mampu menyelamatkan dunia, adakah kita juga mampu menyelamatkan umat ini dari kesesatan nyata?

Sudah tentu boleh! Cuma memerlukan sedikit kesedaran. Membuka mata dan melihat realiti umat yang semakin parah.

Ya, umat memerlukan anda, memerlukan kita semua kembali, dalam misi membangkitkan Islam kembali yang dahulunya tersebar hingga 2/3 dunia serta menjadi rahmat buat sekalian alam!


Kerana kemenangan itu, 
Hanyalah dari Allah Maha Gagah dan Bijaksana.



p/s: Comeback after setahun. Alhamdulillah. Atas perancanganNya, rasa tergerak balik nak menulis blog. Maafkan saya sekiranya ada komen komen yang tidak tereply. InsyaAllah akan terus bergerak dan bergerak. Infiru!



Muhaiminul Hakim.
Melaka,Malaysia.
12:16 am. 14 Ogos 2015. 29 Syawal 1436.

2 comments:

  1. Assalamualaikum
    Nak tanya.. macam mana nk apply uni di korea ye. Degree in accounting. Boleh tk terangkan sikit prosedurnya. Harap dpt membantu .. jzkk. tengkuasyikin@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Haha. Tkpela. Baru je baca prev entry. D korea. Mara just hantar engine n animation..sokey. sobs.

    ReplyDelete