about me

Friday, October 25, 2013

perjalanan yang masih jauh!

Bismillah.
Dengan izinNya kini muncul dengan post kedua setelah hampir 8 bulan menjadi anak perantau.
4129 km jarak perbezaan serta keadaan yang jauh berbeza,
Tipulah kalau tak cakap sekelumit perasaan homesick tu takde.
Rindu. Rindu semua.

Sebab tu kena set niat, study jauh jauh ni insha Allah sebab kerana Dia, semata mata nak dapat keredhaanNya, bukan sebab lain. Insha Allah, tinggal setengah tahun lagi nak balik Malaysia! (tak sabar)

Ok. back to the point of the post. Sebelum ni selalu cakap nak update blog tapi itulah..tinggal cakap je lebih (sigh) tapi Alhamdulillah akhirnya hari ini terlaksana jugak kata kata tu. Antara sebabnya ada orang tanya..bila nak update blog? Alhamdulillah hari ini saya akan berkongsi sedikit..apa orang kata..em.. cetusan dari minda.. perkongsian cerita, atau kata lainnya luahan dari minda dan hati (pergh tak boleh blah) beberapa pengalaman serta pemerhatian ketika berada di negara orang selama 8 bulan ini.

Sebelum itu mari kita recall perkara basic yang kita tahu mengenai Korea.
Asal sebut Korea je kpop.
Tak kpop, drama Korea. (Autumn Dihatiku?? Malaysia pun nak buat drama Korea jugak? Hemm)
Runningman. Kimchi. Dan sewaktu dengannya.

Sebenarnya ada perkara yang lebih jauh kita boleh tengok dan nilai melalui masyarakat Korea ni. Ok lah jadi saya akan bercerita sedikit mengenai pemerhatian saya (sekadar pemerhatian dan tempoh yang sekejap ni saya masih belum faham mengenai sifat orang Korea sepenuhnya)

Yang pertama anda perlu tahu,
Masyarakat Korea memiliki sifat rajin dan workaholic. Kerja kena buat betul betul. Jangan malas malas. Kalau nak malas duduk rumah. Takde tempat untuk orang yang tertinggal. Semua kena usaha sendiri, tak perlu mengharapkan sepenuhnya kepada orang lain.

Yang kedua,
Duit sangat penting. Begitu juga dengan pendidikan. Priority utama para ibu bapa ialah untuk anak anak mereka belajar hingga masuk ke universiti. Kalau boleh universiti yang top top. Bagi Koreans ranking universiti sangat penting. Dan..hampir semua budak budak sekolah ambil tuisyen extra. Bagi mereka kalau tak pergi tuisyen tak akan boleh masuk universiti yg bagus. Kalau kita kat Malaysia hanya ada tuisyen utk subjek di sekolah tapi di Korea, anak anak Korea akan ke tuisyen untuk belajar English, belajar main piano, berenang dan .....sebagainya. Dan kebiasannya mereka akan habis dalam pukul 10. Balik buat kerja rumah, dan tidur. Esok paginya, bangun dan terus ke sekolah. Kitaran yang sama.

Selepas graduate dari universiti terkemuka, cari kerja, kumpul duit. Untuk memiliki rumah di Seoul....tersangatlah mahal. Dan kebanyakkan golongan muda yg bekerja akan duduk berasingan dari keluarga mereka. Disebabkan kadar kelahiran masyarakat Korea rendah, kebanyakkan keluarga hanya ada seorang atau dua orang sahaja anak. Dan apabila kesemua anak anak mereka pindah keluar atas sebab bekerja dan berkahwin, mereka akan tinggal seorang.  Jangan terkejut jika saya sebut banyak kes bunuh diri dalam kalangan orang tua. Kadang kala ada yang meninggal dunia dalam keadaan seorang diri disebabkan tiada siapa yang mampu membantu mereka. Malahan orang muda pun bunuh diri disebabkan stress dgn kerja dan desakan hidup. Antara satu masalah yang saya temui ialah kerana sistem pendidikan mereka yg terlalu berorientasikan peperiksaan untuk masuk ke universiti.Biarpun keluarga itu miskin tp anak anak perlu masuk ke universiti.

Selain itu orang Korea juga buat kerja dengan pantas dan kalau boleh nak cepat siap. Semua kena pantas. Orang yang lembab akan terkebelakang. Dan mereka sangat berterus terang. Takde nak cakap belakang belakang. Kalau nak tanya mereka akan direct tanya. Koreans juga sangat berbangga dengan negara mereka. Hampir semua Koreans pakai kereta buatan negara mereka sendiri iaitu Hyundai, Kia dan Samsung. Kalau kita nak compare dengan Malaysia, Malaysia dan Korea pada era 80 an sama keadaanya malahan Korea lebih teruk apabila mereka terpaksa berhadapan dengan perang dari Korea Utara. Walaupun tiada hasil serta khazanah bumi kini Korea tetap membangun dan jauh meninggalkan Malaysia. Dengan ekonomi gergasi mereka terus membangun.

Ada satu peristiwa di mana ada seorang pakcik berborak borak dengan saya.
Setelah tahu asal saya dari Malaysia, pakcik tu pun buka cerita mengenai kisah kehebatan Malaysia dalam bola sepak satu ketika dahulu. Siap kenal Mokhtar Dahari lagi. Bercerita macam mana Korea sangat teruk dahulu tapi kini mereka gah menjadi kuasa ekonomi dunia. Saya hanya tersenyum. Pakcik tu siap boleh komen yang bolasepak Malaysia sekarang jauh ketinggalan berbanding Korea!

Tapi..secara jujurnya saya agak kasihan terhadap golongan tua kerana mereka nampak seperti tiada tujuan hidup. Menghabiskan masa emas mereka dengan sekadar duduk main judi ataupun naik gunung untuk rekreasi serta lepak bersama sama kawan mereka untuk minum arak. Kitaran hidup yang sama. Dari kecil diajar untuk belajar hingga berjaya masuk ke universiti, kerja dari pagi hingga petang; malamnya keluar minum bersama rakan sekerja (budaya minum arak di Korea sangat kuat), berterusan dan akhirnya menjadi tua, menghabiskan masa emas dengan sia sia.

Hidup kosong.

Sedih. Kerana Islam masih jauh.
Melihat orang orang tua yang tiada tujuan hidup. Muda mudi minum arak dan terus menerus dengan hiburan. Sampaikan mereka pun ada yang buang air tepi jalan bila mabuk. Sedih tengok.
Bila kita ckp psl Islam...jawapan mereka; apa tu?
Islam? Kenapa lebih banyak perkara yang tak boleh buat?
Kenapa Islam kena buat macam ni? Kenapa melarang ini?
Walhal Islam ini agama yg sempurna. Mengajak kpd keamanan dan kebaikan.

Semoga satu hari nanti Islam akan berkembang di negara ini.
Ini membuatkan saya sedar..betapa besarnya tanggungjawab kita...dan masih jauh perjalanan kita. Keadaan di Malaysia sebagai contoh, jenayah semakin lama semakin banyak, dan hingga kini tiada penyelesaian.

Sebab apa? Keaadan ekonomi yg semakin mendesak dan disebabkan duit. Kedua, kurangnya didikan agama. Even semua agama pun melarang melakukan kejahatan.

Jadi apa penyelesaian yang kita boleh buat?

Jawapan yang kita kena sama sama fikir. Kita kalau boleh tak nak baik sorang je. Kalau boleh semua orang kena jadi baik mcm kita nak jadi baik. Wujudkan persekitaran yg baik, masyarakat yg baik.

Itulah hikmah dakwah dan tarbiyah.

Mengalirnya di dalam masyarakat yang penuh dengan nanah jahiliyah, menyuburkan benih kebaikan dan keamanan. Sebagai contoh masyarakat Arab Quraisy; dahulunya dikenali sebagai arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam, dan kedatangan Rasulullah pemberi rahmat dalam menyampaikan dakwahnya. Akhirnya masyarakat arab yang memeluk Islam berubah, dari jahiliyah ke arah yang lebih sempurna. Tidak mustahil, kita boleh laksanakan seperti itu. Perubahan dari masyarakat yang semakin hanyut dalam kerosakan ke arah yang lebih baik. Mungkin..bukan sekarang..mungkin 30 tahun lagi..kita tak tahu..tapi apa yg penting ialah usaha yg kita buat sekarang.

Tidak perlu lihat tunggu orang lain berubah. Kita perlu bergerak dahulu. Ibarat naik tren, sekiranya kita tak naik kita akan tertinggal ke destinasi. Jadi ayuh semua, kita muhasabah diri kita, adakah kita benar benar menuju mengikut keredhaanNya? Tanggungjawab kita masih besar dan jauh.. sebagai seorang abid dan khalifah!

p/s: mood musim luruh! Subhanallah, cantik pemandangan ciptaanNya!


muhaiminul hakim.
10.04pm. 25.10.13.
seoul, korea selatan.

7 comments:

  1. So, Assalamualaikum, Nak tanya boleh ? Kalau study dekat korea , kita wajib tinggal dalam hostel yang disediakan ke ? Boleh ambil rumah sewa dekat luar ke tak ? Kalau rumah sewa ,kena bayar sendiri kan ? hm. Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Kalau ikutkan, boleh mana2. Tp utk stdnt jpa kalau universiti sediakan hostel kena duduk hostel..kalau yg lain ok je nak duduk rumah n of course kena byr.. :)

      Delete
  2. Oh Is see.. Btw, kita boleh pilih ke university mana yang kita nak ? Contohnya, saya nak apply Hanyang University , kalau under JPA or Intec , boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Kalau apply jpa, biasa guna result spm and kalau dpt akan buat persediaan dkt intec..lps tu fly n smbung persediaan lg dkt snu. After dpt result yg ok baru boleh pilih uni pilihan..kalau mara sy tak sure sbb mara byk pilihan.. :)

      Delete
    2. Ya Rabb , Hamdallah :) Thank you so much ... May Allah bless your entire life.

      Delete
    3. assalamualaikum...entry y sgt bgus dik..=) sye akan ke korea nanti insyaAllah jan 2015... kalau tak keberekatan bole tak guide sye kat sne??

      Delete
  3. Assalam. Nk tnya course ap2 pun bleh ke study luar negara nie? Ikut A dlm spm eh? TQ

    ReplyDelete