about me

Saturday, March 23, 2013

korea: satu perjalanan baru

bismillahirahmanirahim.

rasanya macam dah lama sangat tak update blog ni. sedar sedar dah nak dekat berapa bulan tak update blog. dan.. buat pertama kalinya, update post baru di negara orang, Korea.

:)

Alhamdulillah, setelah 9 bulan di intec buat persediaan,
akhirnya berjaya juga untuk terbang dan melanjutkan pengajian di Korea Selatan.

Pada mulanya memang rasa takut dan perasaan bercampur baur bila nak pergi ke negara orang, maklumlah dah biasa dengan negara sendiri, keluarga, kawan kawan.
Nak pergi bukannya sekejap, 2 3 minggu, tapi 5 tahun.

Bayangkan, 5 tahun.
Allah, rasa sangat berat pada mulanya untuk melangkah pergi ke Korea.

Tapi bila fikirkan balik, insha Allah, dalam perjuangan menuntut ilmuNya semoga Allah permudahkan segala urusan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya di bumi milikNya..

Kalau ikutkan dah lebih 2 minggu berada di bumi yang digelar bumi sonata ni. Kelas pun dah bermula, dan bermulalah kesibukan dalam menimba ilmu. Jadi tujuan post ni adalah untuk menceritakan sedikit pengalaman di negara orang dan pada masa yang sama mempromote (hehe) untuk adik adik lepasan SPM untuk ke Korea :)

Kalau ikutkan saya kini sedang belajar di Language Education Centre (LEI), Seoul National University (SNU) untuk tempoh setahun. Kalau untuk melanjutkan pelajaran di Korea, perlu menamatkan persediaan di Intec, Shah Alam selama 9 bulan dan di LEI, SNU selama setahun. Untuk belajar bahasa Korea, ada 6 peringkat dan kesemuanya perlu dihabiskan dan akan ada satu exam untuk menentukan sama ada kita akan meneruskan dalam peringkat diploma ataupun ijazah.

Untuk pengajian di Korea, untuk masa post ini ditulis, cuma ada 3 sahaja penaja untuk pelajar pelajar ke Korea. Yang pertama, JPA (jabatan perkhidmatan awam) , MARA (majlis amanah rakyat) dan yang ketiga.. MAS. iaitu mak ayah sponsor. Hehe #hambar

Ada 3 bidang yang ditawarkan di sini iaitu yang pertama kejuruteraan, pengurusan sisa pepejal (waste management), animasi dan game design. Jadi siapa yang berminat boleh la check dan usha usha laman sesawang JPA dan MARA ok! All the best! Hope to see you here 후배! (hu-bae - junior) ^^

Selesai sesi penerangan dan promote. Hehe.

Jadi hemm dah 2 minggu lebih disini. Tipulah kalau tak cakap tak rindu Malaysia. Homesick dan rindukan keluarga. Rindukan makanan Malaysia. Rindukan kawan kawan, suasana dan...semualah.

Tapi pada masa yang sama, banyak pengalaman baru diitmba di sini. Dari suhu hinggalah ke makanan dan budaya masyarakat Korea, semuanya baru. Suhu kadang kadang -5 darjah dan range sampai 10 darjah. Berbeza dengan Malaysia. Makanan pun berbeza dengan Malaysia. Makanan  halal bukan senang nak cari macam dekat Malaysia. Kita yang dekat Malaysia ni pergi mana mana boleh je beli. Kadang kadang ingredient pun kita tak check dan terus beli. Dekat sini lain, setiap makanan tu kena check betul betul, tanya apa ingredient dia. Makan kedai pun kena hati hati, ingatkan ajumma (makcik) tu banyak kali supaya tak letak daging. 

Sukar memang sukar, tapi dekat sini baru la kita sedar dan belajar Islam itu bukan agama yang hanya sekadar pada IC tapi kita fahami dan faham keseluruhannya dan amalkan. Kadang kadang ada jugak orang Korea tanya kenapa tak makan daging babi, siap gelak lagi sebab bagi diorang kalau tak makan babi tu ibarat macam makan nasi kosong je takde lauk. Sampai macam tu sekali.

Kalau dekat Malaysia solat dekat mana mana pun boleh. Ada je surau di mana mana. Bagi kita kalau solat dekat taman ataupun tanah tanah lapang tu macam dianggap pelik dekat sini itulah yang akan dirasai. Masjid di Korea tak banyak dan di Seoul cuma ada satu masjid besar yang terletak di Itaewon. Setiap minggu dari tempat belajar dengan menaiki jihachol (subway) dan bas kira kira 40 minit perjalanan. Di Itaewonlah kami memborong makanan dan barang barang halal seperti daging dan sebagainya. Dan balik tu masak la sedap sedap (hehe). Saya sendiri pernah solat di tangga shopping complex. Kalau nak cari surau memang takdela jawabnya. Orang Korea pengetahuan mereka agak limited mengenai Islam, dan ada dalam kalangan mereka yang tak tau langsung pun. Ada juga dengar dari senior mereka kadang kadang solat di dalam fitting room dan sebagainya dan ada yang pernah dihalau kerana solat. 

Dan dari cabaran itulah mengajar kita untuk menjadi seorang Muslim yang benar benar Muslim. Adakah kita menjaga solat kita? Amal kita? Halal haram? Batas pergaulan? Atau kita hanya sekadar mengamalkan Islam bila kita di kelompok kita?

Sebenarnya banyak nak kongsi tapi insha Allah dari masa ke masa okay. Hehe baru nak update gambar tapi memory card hilang :( *sobssobs* jadi credit to kawan kawan untuk gambar. sorry ambil gambar! hehe

So kepada junior junior lepasan SPM yang nak bertanya mengenai hala tuju ataupun apa apa mengenai pengajian di Korea jangan segan silu bertanya okay! Insha Allah akan cuba membantu!

안녕! (Annyong-Bye!)


pintu gate depan Seoul National University. bentuk dia dalam character hangeul iaitu 샤 (sya)

  LEI, SNU ^^

di Seoul Forest Park


coffee shop ^^


w roommate dan usrahmate, hanif
bekal ke kelas. siapa kata lelaki bujang tak pandai masak? ㅋㅋ

#to be continued

muhaiminul hakim jamaluddin
seorim dong, seoul.


117 comments:

  1. Semoga Allah memberkati usaha korang menjalankan kehidupan sebagai seorang Muslim kat sana insyaAllah. Semoga dipermudahkan. Amiin ^^

    ReplyDelete
  2. hi. kalau sponsor yg mas tu kena pergi jugak ke belajar bahasa dekat shah alam?

    ReplyDelete
  3. tahniah bro. Aku dah baca entry kau pasal interview jpa last year and sangat sangat membantu ! thanks ! Cuz i am too nervous nak pergi this interview jpa 25/4 ni. And tahniah cuz already pursue your study at Korea ! All the best bro !

    ReplyDelete
  4. salam bang, saya nak tanya sikit, ttg programme ni, saya ada mohon, tpi tak tahu laa dpt ke tidak. Saya nak tanya bang, dlm programme ni, brp org dia hnta ?

    ReplyDelete
  5. terima kasih sangat2 . the entry sgt membantu saya . saya dapat tawaran ke korea ( engineering ) under mara . so , pengalaman awak/bro sgt la membantu :)

    saya nak tanya sikit :

    1) lecture kat sana guna bi or bahasa korea ? mana yang lebih banyak digunakan ?

    2) so far , study kat sana okay x ?

    thank u .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah sebab dapat melanjutakan pelajaran ke Korea. :)

      Semoga ini menjadi titik permulaan untuk seterusnya.

      Berkenaan dgn soalan first tu utk bahasa korea lecturer akan gna cmpur antra english dn korea utk mula mula. tp mostly in korea. sebab lecturer semuanya korean.

      Untuk subjek sains (akan belajar physics chem maths islamic study dgn english speech) semuanya lecturer local so akan guna english and bm.

      Untuk soalan kedua tu mmm so far okay la. biasalah kena struggle sikit. Semua benda tak senang. Hehe. Apa apa pun yg penting kena struggle utk persediaan dkt intec untuk 9 bulan :)

      Delete
    2. Tahniah sebab dapat melanjutakan pelajaran ke Korea. :)

      Semoga ini menjadi titik permulaan untuk seterusnya.

      Berkenaan dgn soalan first tu utk bahasa korea lecturer akan gna cmpur antra english dn korea utk mula mula. tp mostly in korea. sebab lecturer semuanya korean.

      Untuk subjek sains (akan belajar physics chem maths islamic study dgn english speech) semuanya lecturer local so akan guna english and bm.

      Untuk soalan kedua tu mmm so far okay la. biasalah kena struggle sikit. Semua benda tak senang. Hehe. Apa apa pun yg penting kena struggle utk persediaan dkt intec untuk 9 bulan :)

      Delete
  6. terima kasih untuk post ni . saya dapat offer dari mara untuk kejuruteraan korea . saya ada beberapa soalan

    1. saya hairan kenapa saya diletakkan di uniKL MIIT . tidak di INTEC . ada perbezaan ke ? atau sama ?

    2. kejuruteraan kat sana maksudnya kita grade sebagai mechanical engineer atau ape ?

    terima kasih atas respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam al hafiz..sye tau situasi awk..sbb sama dgn junior saya..sye nasihatkan better awk kol pihak mara untuk kepastian..sbb unikl miit n mara mmg ade bonding but bukan utk prgm korea...utk diploma dlm negara ..cuba awk try cri kat google.."Kod program ijazah luar negara mara 2013"

      Delete
    3. lepas tu ? apa jadi pada junior abang tu ?

      Delete
  7. Best sangat !!!!!!! harap dapat pegi sana satu hari nanti :D

    ReplyDelete
  8. salam ,saya sekarang baru masuk intec untuk persediaan korea under jpa.. saya belum start kelas korea lagi . saya nak tanya , susah tak nak belajar bahasa ? n time exam susah tak ? 1 mmore thing , ade tak orang yg tak lepas tok fly ? kalau ade , brape org ? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, btw tahniah :)
      tak susah bila minat tu ada. jangan risau sebab lecturer (sonsaengnim) semua akan tolong banyak. so mula mula akan seronok belajar sebab macam macam benda akan buat. dari berlakon, dengar lagu, tengok movie and mcm mcm lg. tapi takboleh smbil lewa jgk kena focus apa apa pun sbb bahasa korea penting. tahun lepas ada 3 org. kdg2 bukan sebab korea tp sbb subjek lain, so subjek lain pub kena amik berat jugak ^^

      Delete
    2. waalaikumusalam, btw tahniah :)
      tak susah bila minat tu ada. jangan risau sebab lecturer (sonsaengnim) semua akan tolong banyak. so mula mula akan seronok belajar sebab macam macam benda akan buat. dari berlakon, dengar lagu, tengok movie and mcm mcm lg. tapi takboleh smbil lewa jgk kena focus apa apa pun sbb bahasa korea penting. tahun lepas ada 3 org. kdg2 bukan sebab korea tp sbb subjek lain, so subjek lain pub kena amik berat jugak ^^

      Delete
    3. oh 3 org ? under mara or under jpa ? sbb cut off point mara 3.5 pointer n jpa 3.0 pointer je..

      Delete
    4. Semua under mara.. kalau ikutkan ramai tak lepas utk mara tp lepas rayuan mara bg budak dari 3.0 above untuk fly. So yg tak fly tu under 3.0..

      Delete
    5. oh , ok tq so much :) bile nak publish new story ? hee .. hope can c u in korea next year :)

      Delete
  9. engineering kat mlysia or kat oversea lg elok?
    to alhafiz: baik call dulu. dapatkan kepastian. huu. kalau betol2 dapat congrates lah kawannn. hoho.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    saya nak tanya dgn sunbae ni, bagi pelajar lpasan stpm boleh pkai sijil tu tuk pohon belajar kat luar negara ke twpn tdk..especially Korea..pointer msti dpt berape dan mcmna nak pohon?..

    -Taufik-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..stpm sy tak sure tp biasanya kena buat persediaan lepas spm.. kalau after stpm kena apply sendiri dengan uni dekat sini n mungkin ada biasiswa universiti disediakan :)

      Delete
  11. assalamualaikum. saya nak tanya jugak lah. kat intec, time buat preparation tu, study subjek apa? pasal korea je ke atau pun chemistry, physics dan lain lain tu? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, byk jugak subjek. Korea, physics, chemistry, calculus, islamic study n english (speech). utk dkt intec semua subjek akan diajar dln english.

      Delete
  12. Assalamualaikum awk, cam na eh nak follow blog awk ni? sowi sy x nampak button follower :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, oh takde ke? Sy dalam proses nak ubah suai sikit blog sy so nnti sy akan cuba tengok ye. terima kasih atas kesudian membaca :)

      Delete
  13. Assalammualaikum..
    Nk tanye..yg tulis kat atas tuh ada 3 bidang..bidang lain x de ke?? Mcm perniagaan dan/atau perubatan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, stkt ni yg 3 tu majoriti dkt sini and ditawarkan biasiswa..yg lain ada jugak tp kebanyakkannya under tajaan sendiri dan yg smbung master and phd..nak sambung dlm bidang tu boleh cuma kena apply sendiri n try apply for the uni's scholarship ^^

      Delete
  14. Hi Dik,
    akak nak tanye skit...
    akak nak pi korean on 13-17 Sept 2013..
    So, nak tau during that time mcm mane cuaca kat sana? sejuk tak? view die cantik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa yeke?
      selamat datang :) kalau ikutkan waktu tu tengah musim fall so view sangat cantik dengan daun2 yang gugur. tapi saya baru beberapa bulan dekat sini so tak merasa lagi musim luruh ni hehe. so kalau ada kesempatan mana lah tau kita terserempak ke! ^^ btw enjoy your trip :)

      Delete
  15. boleh tak abang bagi tahu krusus apa yang menbolehkan kita belajar sampai ke korea.dan di mana universiti yang menawarkan krusus tersebut.TAHNIAH kepada awak sebab berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.<3

    ReplyDelete
  16. salam..saya nak tanya sikit berkenaan biasiswa tajaan jpa utk stduy d korea..especially ijazah engineering..ada tak untuk budak lepasan diploma engineering? sebab kebanyakan saya nampak untuk lepasan spm...감사합니다 ;)

    ReplyDelete
  17. salam. kalau ana nk travel sana, kamu jadik guide boleh ke? hahaha

    Ex-Intec 2010, Jordan 2013.

    ReplyDelete
  18. Boleh tahu abang dapat berapa 'A' SPM? ^^. hehe

    paling kurang brapa 'A' SPM nak kena dapat untuk futher study kat korea?

    Kalau sekolah swasta, boleh dapat schoolarship from JPA dan Mara untuk sambung belajar kat korea? byak pulak tanye ^^'' kekeke

    Doakan saya, saya pon nak smbung belajar kat Korea. InsyaAllah =)

    Your future junior, =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk trial..saya dpt 6A. Dan untuk apply for Korea at least kena 8A( tahun saya)..

      Untuk sekolah swasta boleh je.. sbb ada je batchmate saya sekolah swasta. So cubalah apply for the scholarship, iAllah saya doakan yg terbaik^^

      Delete
    2. Boleh saya tahu tak antara physics,Chemy dan biology.Yang mana satu awak score A masa trial ? And, berapa B ya ?

      Delete
  19. Assalammualaikum. Abang nak tanya. saya nak ambil animasi ke korea so nak tanya pendapat kalau saya dapat ke korea lect dekat sana senang nak bawa berdiscuss tak? peramah tak? orang sana senang nak berkawan tak? i mean friendly tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Senang tu...takde la sgt. Tp senior ni byk yg boleh membantu. iAllah lecturer ok je. Tp kita kena rajin tanya and participate dlm lecture..org sini peramah^^ tp cabaran yg pling besar ialah bahasa. Sbb majority org korea tak guna english. So kena communicate dlm korean :)

      Delete
  20. Salam saya nak tanya. Saya insyaAllah nak cuba mohom biasiswa mara atau jpa utk program animasi. Saya just takut bila di sana nanti lect dan student atau classmate saya nanti susah nak communicate i mean takut diaorg tak friendly and takut saya bersendirian tak ada kawan. Senang ke nak cari kawan nanti? Saya jenis yang takut nak cari kawan. Takut diaorg akan pelik dengan saya. And lg satu diaorg bercommunicate in english or korean language

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. iAllah senang je. Bila dlm kelas nnti akan byk buat assignment dgn korean so automatically akan jadi kawan.. so tak perlu risau sgt :) iAllah senior2 pun byk boleh tlg ^^

      Delete
    2. @Intan Akak, apa syarat utk pursue animasi ya? Sy cuba cari on9 tp x jumpa.

      Delete
  21. Course medic or dentistry ada tak kat uni korea? Biasanya kalau course medic or dentistry tu boleh dpt x biasiswa jpa or mara? tq..... tq..... tq... *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Course tu mmg ada tp utk biasiswa jpa dan mara setakat ni tak ditawarkan utk medik..kalau nak apply kena apply guna duit sendiri or cari biasiswa universiti.

      Delete
  22. Assalamualaikum dik,

    nak tanya bila intake untuk graduate course. Akak dh contact lecturer kat sana seems that dia accept tuk amek as student. Cuma skrang nak tau the next intake dan satu lagi kat sana senang ke tuk apply duk hostel?

    ReplyDelete
  23. salam, saya ada buka laman web uni adik ni. dia cakap yuran 6000 USD.. betul ke? saya nak sambung master dalam international relation, so takde dalam senarai schoolarship Mara n JPA kan?

    ReplyDelete
  24. Assalam. Student fresh SPM , kalau dapat tawaran JPA , akan terus masuk Intec ke macam mane ni eh ? Still confuse . Hehe :D

    ReplyDelete

  25. Saya mahu bertanya di korea ada course kejuruteraan bioperubatan tak? Saya cuma ingin bertanya sahaja... harap dapat membantu terima kasih..

    ReplyDelete
  26. Salam..dik,akak nak tanya skit..insyaallah tgh2 bln4 akak,suami dan anak akan ke seoul korea..masa tu musim bunga ke ape ye? Pastu ada x org yg blh guide tour kami sbb guna ajen sgt mhal..huhu...klu ada sape2 dr prsatuan yg blh guidekn bagitahu eh..bls kat email ni blh?azy_gadis@yahoo.com...thank you:)

    ReplyDelete
  27. salam..saya nak tanya sikit..sebelum ni awak tahu x bahasa korea..or lepas awak belajar dari intec baru tahu bahasa korea..or sebelum ni awak x paham apa orang korea kata..atau awak jenis yang minat korea ke apa??lepas tu lepa jenis guna tulisan yang belit2 tu ka?atau perkatan macam kita..sory x tau apa..n tanya banyak sangat..hehe :)

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum.. nak tanye.. kalau nak apply sambung belajar utk master macam mana ye? ade tak kenalan from malaysia kat sana yg study master? kita kena apply through website university tu ea?

    TQ.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum brother :D

    nak tanya ne banyak tak belajar Chemistry kat sana? saya nak sangat belajar kat korea tapi saya masih confuse nak pilih bidang apa. saya lepasan spm 2013. terima kasih brother. gomawo ^^

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum.
    Saya pelajar lepasan spm dan sedang menunggu keputusan.saya minat sgt untuk sambung belajar dlm bidang bahasa Korea.seandainya keputusan saya mengizinkan,apa langkah pertama skali utk apply bidang ni? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ,assalamualaikum, saya pun mempunyai minat yg sama seperti awak nak amek bidang bahasa korea cuma saya skrg masih pelajar spm. Boleh saya tahu skrg awak amek bidang bahasa korea ke skrg?

      Delete
  31. Wau..bestnya..teringin jgak nak belajar dekat korea..tapi kan kalau ambil kelas aliran akaun dekat sekolah menengah bleh ke sambung belajar dekat korea??

    ReplyDelete
  32. hi, are you under the jpa kejuruteaan program?
    i received that scholarship from jpa. but i need several inquiries so that i can convince my parents to allow me accept this program. here are the following inquiries:

    1. How is the course? how long is the diploma and degree? will it be done in korea straight away or in malaysia?

    2. If i beak my bond half way wat will happen? if i do not meet the score they want, wat will happen? Do i pay back?

    3. How is the classes? is the exams in korea? Lectures teaches in korean? No english at all?

    4. Is leaning the language difficult? how are you doin in the program? is it do able? is it hard to met the score they required?

    Sorry for asking so many questions but i hope u will be understanding and help me.

    Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. First of all congratul for being accepted in the program. I will try my band help u out.

      1.basically it is 5 years course; 9 months of language preparation at intec, shah alam, + 1yr at language education institute, seoul national uni. And aftr tht u can choose between two options; 4 yrs of degree OR 2yrs of diploma and 2 yrs of degree. So basically it will be the same anyways.

      2. U hve to sit for an exam before u can fly to korea during language preparation at intec. If u pass the cut off point; fly. If not, no luck for u in korea. And yes, u hve to pay back when u break the bond without concrete reason. But if u didn't pass the cut off point (at malaysia) no need to pay back all.

      3. In malaysia only korean language class will be in korean but for another subject (maths, physics,chemistry, english n moral) all will be taught in english.
      But
      In korea majority of classes will be conducted in korean. But still got english classes (don't worry) and although exams are in koreans u can still ask lecturers to answer it in english (pheww thank god)

      4.learning a new foreign language...is fun! (seriously) during my language preparation, we watched a lot of movies, and the lecturers are kind and willing

      Delete
    2. to help u out :) but it is slightly different in uni. U have to be independent and competition among korean is quite tough. So u have to physically and mentally prepared lol. Hope it would help u. Good luck for your future undertaking!

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Sorry but i can't remember..around 300~400k?

      Delete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Sadly no. Because it just a preparatory course.

      2.if u break the bond u just have to pay some (but depends on jpa) the cut off point at intec is 3.0. But in degree..i'm not so sure..if u didn't pass the cut off point u will receive warning letter from jpa. But i haven't heard such cases student have to go back to malaysia because of their exam. one or two cases only (happened loooong time ago)

      3.yeah but as i said before, not all. Only a few. So basically u have to learn korean in order to survive in the classroom and outside of the classroom.

      4. i'm in first year. :) so far,quite ok la. Haha. U just have to spend n save ur money well ^^

      Hope to see u soon in korea next year! Feel free to ask me anything if u have any problems ~

      Delete
    2. 1. Oh ok.

      2. How much cut off score in degree then?

      3. Thats wonderful then.

      4. Wow... first year in degree? u get to choose ur course?

      I hope so too. I hope i can convince my parents :)

      Delete
  34. Do u know any of ur seniors who manage to go into SNU to do their degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Some of them are my batchmates :)

      Delete
    2. Do u know any cases where they get send back to malaysia if they dont get accepted in any uni?

      Delete
  35. Salam,saya mempunyai dua soalan...
    Adakah ini program tajaan jpa,program diploma kejuruteraan korea?
    Adakah saya perlu melalui exam untuk menentukan saya dapat menyambung pengajian ke peringkat degree atau diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, program tajaan jpa dan kejuruteraan korea. Ada dua pilihan boleh terus ke degree (4 tahun terus) ataupun diploma dulu baru degree (2tahun diploma 2 tahun degree)

      Ada exam utk peringkat persediaan dan kena lepas pointer 3.75 baru boleh masuk degree. :)

      Delete
    2. Eehh 3.75... tu bkn score utk msuk snu ke? Klo x dpt 3.75... x le amik 4 year degree dkat uni lain?

      Delete
    3. Haha sadly no. Kena dpt at least 3.75 and above..the max pointer u can get is 4.5. Tp kalau tak lepas u can still masuk diploma dulu. It wont effect u that much either. (Because i entered diploma first heheh)

      Delete
    4. Oohh ok... batch awk dan senior2 byk ke yg dpt 3.75? Which uni are u in?

      Delete
    5. Do many ppl go yonsei university for mechanical engineering? And I was wondering if u know if I can apply into yonsei university underwood international college for my degree?

      Delete
  36. asalamualaikum,saya mendapat course waste management,saya nk bertanya pembelajaran course ini lebih menjurus kepada subjek apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, secara direct mmg takde course waste management tp ada course environmental eng, chemical engineering dan material engineering yg boleh diambil di korea

      Delete
    2. terima kasih...saya mendapat tajaan mara,namun saya masih berfikir sama ada mahu menerimanya atau tidak..

      Delete
  37. Abang macam mana dengan course game designer?? Ade batch abang yg ambil tak??

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. salam,dekat sana untuk pelajar Islam,adakah ada kelas2 pengajian untuk menambahkan ilmu agama?

    ReplyDelete
  40. hey, i wanna ask you one thing . i've been informed that those who didn't managed to pass the exam at intec cannot further their study in korea ? am i right ? so where will they be send to ?

    ReplyDelete
  41. Salam, saya pelajar lepasan asasi di uia(2 years) . sye nak smbung ke any uni di korea, kos ape je yg ada kat uni awk? mcm mna nak apply biasiswa utk ke sana? marqa , jpa bukak lagi tak offer? hmmm :"(

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum. Maaf ganggu. Saya ni diterima untuk ke Korea untuk program pertukaran pelajar selama satu sem. Jadinya, saya mahu tahu anggaran kos grocery shopping di Korea untuk sendiri masak sebab saya ni belum dapat lagi apa-apa scholarship untuk ke sana. Jadinya, saya nak bajet kos makan dulu sebelum yang lain. Terima kasih.

    ReplyDelete
  43. Hye sy raiha..sy nak tanya mengenai nak sambung belajar kat korea..kalau nak sambung degree kat sana boleh ke? and kalau kos untuk finance n banking ada x dekat korea? can u help me

    ReplyDelete
  44. Hye sy raiha..sy nak tanya mengenai nak sambung belajar kat korea..kalau nak sambung degree kat sana boleh ke? and kalau kos untuk finance n banking ada x dekat korea? can u help me

    ReplyDelete
  45. Kalau lepasan SPM, maknanya guna result trial ke?

    Kalau result trial tak beberapa cantik (A sikit/tiada tetapi semua lulus)

    Kalau nak guna result SPM punya kena masuk mana-mana dulu ke? (Matrikulasi, Asasi dll) atau lepas dpt result SPM dah boleh minta scholarship tersebut?

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum. Saya ni tengah trial spm. Saya tringin jgak nk sambung blajar di korea. But saya ambil aliran perniagaan je. Boleh ke nk sambung blajar kt sana.

    ReplyDelete
  47. Nak tanya result spm sunbae berapa dulu ? Kena straight A nk masuk intec ni

    ReplyDelete
  48. Kalau x lepas test utk fly tu apa jdi? Sambung belajar ataupun terus kena kick?

    ReplyDelete
  49. salam boleh pm saya..saya nk ke korea.. boleh jd travel guide saya..atau ada kawan2 perempuan di sana yg sudi..hopefully... tq.. email : reyoera@yahoo.com

    ReplyDelete
  50. Assalam. Awk. saya nak tye kalau dah ade diploma and nk frther stdy kat korea mcm mna? Nak tahu syarat syarat and ujian ape yg perlu ambil Dulu. mostly agent byk hntr stdent ke uk. Ke korea saya x thu la. Rasa mcm da pts asa. Sbb ade bkk website u kat korea tp still x fhm. Ade u yg x update tarikh apply pun.

    ReplyDelete
  51. Salam...kalau result spm tak berapa nak melayakkan untuk dptkan scholar..tapi bila matric pointer 3.++ boleh ke dpt scholar bagi jpa or mara ?

    ReplyDelete
  52. kos apa ye yg ada di U korea?harap sangat abang reply sebab saya tengah spm this year

    ReplyDelete
  53. Bestnya bljar kat korea.. tapi sy xminat engineering.. haha.. skrg bru form4.. thun dpn form5.. bminat sgt2 nk bljr kat korea.. angan2 ja lebih.. hebat la abg ni.. thumbs up!

    ReplyDelete
  54. mekum kalau nak gi belajar kat korea nie nak pergi ke juga kat tempat nie LEI, SNU selama setahun....takde kursus lain ker??^_^

    ReplyDelete
  55. Salam...sy nak tnye...abg dulu SPM brape A..?Kalau x masuk Intec x boleh study dkat overseas ke?

    ReplyDelete
  56. tumpang tanya brapa won elaun kat korea nnti? terima bulanan atau semester atau mcm mn? sekian

    ReplyDelete
  57. salam , sy bkl menduduki spm this year so sy ad buat search about lepasan spm and im quite interested nk study kt korea but i dont know anything about study abroad , so klu tk keberatan sy nk mntk tlg dlm hal nim , ble tk rep kt e-mail sy at sitikhadijah.muhammad@gmail.com , thnks , really2 need your help :)

    ReplyDelete
  58. Selamat siang 안녕하세요
    Saya mahasiswi dari universitas Korea. (Bahasa saya tidak bagus, tapi saya mau coba saja!)
    Saya mau tanya kepada anda, ada fasilitas (학원/ education consulting center for studying abroad) di Jakarta tolong orang orang belajar di Korea?

    ReplyDelete
  59. assalam abang nak tanya kalau lepasan spm ambil animasi and game design macam mna ...spm berapa masa abang dulu

    ReplyDelete
  60. saya nak smbung bahsa korea lpas spm ni boleh ke x..mcm mane care ...nak masuk mane

    ReplyDelete
  61. Salam,sy nak tnya kalau lepasan stpm boleh tak apply biasiswa mara atau jpa?ke biasiwa tu hanya untuk lepasan spm?sy hrp abg reply.:)

    ReplyDelete
  62. salam....saya nak tanya...saya dpt unikl rcmp radiografi.....kalau saya dpt pointer elok setiap sem...mara akan terus tawar saya belajat ke luar negara atau mereka akan tengok jugak result spm saya....sbb radio di unikl hanya 3 tahun dan x ada degree utk radiografi di unikl.....kalau saya dapat pointer elok setiap sem...MARA akan tawar belajar ke luar negra terus ka.....mohon penjelasan...

    ReplyDelete
  63. salam....saya nak tanya...saya dpt unikl rcmp radiografi.....kalau saya dpt pointer elok setiap sem...mara akan terus tawar saya belajat ke luar negara atau mereka akan tengok jugak result spm saya....sbb radio di unikl hanya 3 tahun dan x ada degree utk radiografi di unikl.....kalau saya dapat pointer elok setiap sem...MARA akan tawar belajar ke luar negra terus ka.....mohon penjelasan...

    ReplyDelete
  64. assalamualikum..nak tanya, klau tak mntak scholarship utk masuk intec tu lepas tu nnti klau boleh fly akan ditaja atau bayar sendiri?mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  65. salam, saya nak tanya ...kan abang cakap nanti kat intec dia akan ajar subject such as korea,physic,chemist and others kan... tapi saya kat sek men amik perakaunan .... saya tak amik pure science. so macam mana nanti kat intec?

    ReplyDelete
  66. Salam. Saya nak tanya, kalau pergi ke sana, paling minimum poket moeny kena ada berapa? Wajib ada RM3k++ ke atau mcm mna. Dan lagi saya dengar klu nk kerja sana mesti tinggal 6 bulan. Betul ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
  67. Assalammuaalaikum... awak tahu x? Mcm mana cara nk further master di korea... blh bagi tips? Sya harap awak bca pertanyaan sya ni.. 😄 tq.. #nak sambung master ke korea but xthu mana nak mula..

    ReplyDelete
  68. Assalammuaalaikum... awak tahu x? Mcm mana cara nk further master di korea... blh bagi tips? Sya harap awak bca pertanyaan sya ni.. 😄 tq.. #nak sambung master ke korea but xthu mana nak mula..

    ReplyDelete
  69. Klau nk sambung belajar dekat korea untuk lepasan spm keputusan spm kena straight 'A' atau macam mna?.saya harap awk pun bacalah pertanyaan saya..

    ReplyDelete
  70. Hmm dulu kelas ape eh sains teknologi ke sains tulen sbb saye tak thu same ade nak masuk sains tulen dngn teknologi?

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum. Hai, berdasarkan post awak, awak merupakan seorang student di korea kan? Saya Hanan.:) Saya sedang melakukan assignment yg bertajuk cara Muslim di korea menyambut Maulidur rasul.Kalau awak tak kisah, boleh saya tanya awak beberapa soalan (berkaitan maulid nabi di korea)? :)

    1. Macam mana sambutan maulid nabi di sana? Ada perarakan ke atau ada sebarang majlis berselawat, etc?
    2. Ada public holiday tak masa hari tu?
    3. Ada makanan istimewa yg dihidang tak masa hari tu?macam kalau raya kita makan ketupat, rendang etc kan.
    4. Ada pakaian khas yg muslim disana pakai masa celebrate maulid nabi? Macam jubah putih ke, etc?

    5. Selalunya siapa yg anjurkan program berkaitan maulid tu? macam persatuan pelajar muslim kat sana ke,etc?
    6.kalau ada perarakan, selalunya buat kat mana ye? bandar atau?



    saya harap awak boleh jawab soalan saya ini. Moga allah balas jasa awak. terima kasih banyak :)

    ReplyDelete
  72. Assalam abang,kat sana ada x uni yg tawarkan bidang selain drpd bidang kejuruteraan?

    ReplyDelete
  73. Assalam, nak tanya. Boleh ke kalau nak mohon utk bussiness? Sbb saya mmg tak belajar subjek subjek utk bidang kejuruteraan ni and minat bussiness. Thanks.

    ReplyDelete
  74. ASSALAM...

    boleh ke kalau nk further dalam languange je?

    ReplyDelete
  75. Nk tanya...how about bidang perubatan.. Bpe tahun?n tajaan die..

    ReplyDelete
  76. hi nk tanya, apa beza sains dan teknologi(korea) dgn engineering (korea)?

    ReplyDelete
  77. Salaam alaika
    Nk Tanya leh?
    1) kalau tajaan jpa tuu engineering nyer subject die Ada bhgkan tak ikut major? Cthnye electrical engineering or chemical engineering dll atau sums topik kita blaja?
    2) senang tak nk join usrah kt Sana sbb commonly dak2 overseas ni cam ade kumpulan spy tak lupa daratan sket..;) ^-^
    3) as long as you know ur graduated senior, diorg mudah tk dpt keje esp prempuan?
    4) prempuan ramai tk pass utk exam kt intec utk ke korea? N ramai tk prempuan yg apply engineering di Korea ?sbb kwn2 batch saya sume tk minat engineering nih

    ReplyDelete
  78. Nak tnya😁kalau nak masuk INTEC niinimum berapa A dalam keputusan spm,,srry tnya 😁,sbb saya baru tahu psal INTEC nii😊

    ReplyDelete