about me

Sunday, December 23, 2012

Amekk kaww penumbuk Hulk aku bagi!

Bismillahirahmanirahim.

Dengan rasa tiba tiba hati teringin nak update blog.
Setelah sekian lama mungkin. Hinggakan time nak login Blogger sampai terlupa password and reset password baru. Haha. Boleh bayangkan betapa lamanya dah tak update blog.

Jadi tujuan menulis pos baru ni bukan lah untuk berbicara tentang diri ana yang hensem ini. Mihmih 
*sengaja puji*

Hari ni kita akan berdiskusi *cewah* tentang satu perkara iaitu, *jeng jeng jeng*
M-A-R-A-H 

Nak amek kaww, buat aku marah lagi kan? penumbuk Hulk kat muka kau! Hiyaaaah!

Jadi apabila kita cerita pasal marah ni, tipulah kalau takde orang pernah marah. Kadang-kadang terguris hati dengan rakan, tak pun benda kita nak buat tak jadi, sakit hati dengan orang lain...semua tu lumrah sebab kita manusia ada perasaan.

Tipulah kalau dia cakap 'I'm emotionless'
Setiap antara kita pernah merasai perasaan marah, sakit hati dan apa apa je lah yg buat muka jadi merah rasa macam nak menyumpah. Tapi, kalau kita berjaya kawal perasaan marah kita tu siriusss banyak keistimewaan dia.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah" (Hadis riwayat Bukhari)

Nahh. Dah terbukti bukan otot berketul ketul tu yang dinilai, tapi sebaliknya orang yang mampu mengawal dirinya daripada marah itu sebagai orang yang kuat.

Maksudnya bukan lah dari segi literal. Tapi bila kita nilai, kita dapat tahu orang yang pandai kawal kemarahan tu akan sentiasa sejuk hatinya dan apa orang muda muda cakap, COOL.

Cuba kita bandingkan, orang yang pemarah dan orang yg pandai kawal kemarahan.
Mana satu yang lebih rasional? Dan mana satu yang akan lebih kuat menghamburkan kata-kata kesat?

Cuba kita tengok dari perspektif 360 darjah dan pandang jauh ke hadapan.
Kalau orang pemarah ni, dia akan berpotensi untuk mengeluarkan kata kata kesat apabila marah dan kurang sabar dan sekaligus dapat tiket free dosa.

Topup dosa sekarang!
Kumpul untuk mendapat 'ganjaran' di Jahannam!

Tak kan kita nak macam ni kan? Mestilah kita nak macam ni.

Topup pahala sekarang!
Kumpul untuk mendapat ganjaran di Jannah! #TillJannah

Haa ni baru betul. Kalau kita pandai kawal rasa marah tu, senang senang kita boleh topup pahala kita. Ye dak?

Ok cuba kita bayangkan satu situasi.

Bermulalah kisah~ 

Makcik Gayah (bukan nama sebenar) dan Makcik Mei Ling (bukan nama dalam IC)
ni berjiran. Tersebutlah kisah makcik Mei Ling ni tanam pokok rendang kat laman rumah dia ni. Kalau tengah ala-ala musim luruh tu daun daun pokok dia selalu la jatuh kat laman Makcik Gayah ni. 

'Ish, penat aku nak sapu!' ujar Makcik Gayah dengan expresi dan mimik muka annoyingnya.

Makcik Gayah apa lagi, hilang sabar lalu bermulalah perbualan ini.

Makcik G: Hoi Mei Ling! Kau tau tak setiap haghi aku kena sapu laman rumah aku?! Tu, daun 
               daun pokok rumah kau, semua gugur kat laman rumah aku! Kau rilek je selamba  
               badak buat donno je heh. Ishh! Menyusahkan aje!

Makcik ML: Aduh, sorry meh Gayah. Tak tau pulak i punya pokok mangga daun dia jatuh  
                 rumah u. Tak apa nanti i bersihkan ya. Sorry loh

Makcik G: Apa sorry2?! Mulai saat ni, kita bukan jiran lagi. Jangan tegur aku lagi dah!

Gahhh. Kita tengok. Disebabkan Makcik G ni takdapat tahan marah, tengok apa implikasi dia.
Bukan je memutuskan hubungan silaturahim antara jiran, tapi pada masa yang sama usaha dakwah pun terbantut.

Kalau kita fikir balik, apa reaksi Makcik Mei Ling bila kena marah marah macam tu even dah mintak maaf.
Mesti dia fikir lain kan? Bukankah Islam mengajar kita bersabar, dan menuturkan kata dengan sopan dan lemah lembut? Kalau perilaku kita seperti di atas (bukan nama sebenar), adakah orang bukan Islam akan melihat Islam itu agama yang murni sedangkan Islam itu sememangnya agama yang syumul. Yang memperlihatkan sisi negatif itu ialah kita sendiri dan bukannya Islam.

Tepuk dahi.

Cuba kita senyum, sabar, menuturkan kata baik dan menahan marah,
nescaya kerja kerja dakwah juga akan menjadi mudah.

Kalau kita panas baran, suka marah marah, siapa je suka kita cik adik abang kakak oi..

Silap silap, orang pun lari tengok kita! Pandang pun tak mau! 

Jadi apabila syaitan menganggu dan membisikkan amarah dalam diri, cepat cepatlah kita istighfar dan perbanyakkan lah solat. Tak lupa juga doa ini.



Jadi kesimpulannya, jangan cepat marah, nanti cepat tua! Hihi.
Bersama kita memaafkan orang lain dan sedia menjadi seorang yang cool.
Yeah cool dan awesome.


알았어?
(baca:  arasso? a.k.a faham?)

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya.

Assalamualaikum!
안녕! (annyong=bye!)

Muhammad Muhaiminul Hakim Jamaluddin.

2 comments: