about me

Friday, October 5, 2012

Jadi Jawapan Makcik J?

Bismillahirahmanirahim.

And this life of the world is only amusement and play! Verily, the home of the Hereafter is the real life, only if they knew. [29:64]  

So, hari ini menandakan sudah tamat satu sem! Yeah yeah final exam dah habis. Eh?  

야? 뭐라고?
(hey, what did you say?)

Maaf. Termasuk pula sesi dari hati ke hati bersama Encik Muhaiminul Hakim Jamaluddin, (cewah). Ehem, so it is better we start off our 'friendly talk' today with something that could give us something, as we could reflect it by ourselves.

Aha, jadi semua, seperti yang tertera di atas tadi, mari kita mengusha Surah Al-Ankabut ayat yang ke 64 dan kita tadabbur sebentar.

Ok. Tarik nafas, dan.. hembus. 

Mula.

Bila kita teliti balik ayat Al-Quran ini jelas mengatakan bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dunia. Permainan dunia? Jadi selama ni adakah kita pergi belajar, balik rumah, makan, tengok tv itu ibarat permainan monopoly ? Siapa duit paling banyak menang , siapa paling banyak hotel dan tanah dia menang dan siapa bankrap dan duit kering dianggap manusia yang tiada nilai dan tersingkir dari 'Life Race' dibaca: (perlumbaan dunia)? Jadi adakah kesungguhan kita mengejar semua cemerlang dalam exam hatta mengejar pangkat dan gaji sekali pun hanya dianggap permainan semata? Cis. Bak kata Makcik J. 

Makcik J: Encik Muhaimin, penat tau saya kerja siang malam kumpul duit. Sekarang ni nak cari makan susah! Kerja diutamakan.  Ehem, tak de masa nak melayan keluarga dkt rumah, bibik kan ada! Zaman sekarang suami isteri kena kerja tau! Maklumlah. Saya wanita metropolitan. Ihiks!

Encik Muhaimin: Eh saya tak cakap yang Makcik J salah nak mencari rezeki. Tapi Makcik J, kita kena nilai jugak, apa yang kita cari dalam hidup kita ni. Adakah kita kejar duit semata, perkara ukhrawi semata tanpa memikirkan bekalan akhirat kita? Jadi kita sanggup bersusah payah tinggal keluarga penat sana sini kerana hanya duit yang nilainya menjadi kosong dan tak berguna ketika di akhirat nanti?  

Makcik J: Ala, bukannya kamu yang tanggung pon! Cuba dah berkeluarga, baru tau! Berkorban demi keluarga tau! Hmmph.

Encik Muhaimin: Memang tak salah Makcik J. Tapi sampai berkiblatkan duit dan sampai hidup menjadi Misi untuk menjadi wanita bekerjaya dengan duit berkepuk kelililing pinggang itu mampu menjamin kehidupan akhirat? Percayalah dengan janji Allah, Allah akan menolong hambanya yang menolong agamanya. Percayalah bahawa dunia ini penuh dengan hiburan dan permainan yang melalaikan, dan ketahuilah, negeri akhirat ialah negeri yang sebenar. Jadi, tiada gunanya kita sibuk kumpul kekayaan di dunia tetapi amal kita kosong untuk dibawa di negeri akhirat. Tak ke rugi kita? Diberi peluang di atas muka bumi tapi kita sia siakan.

Jadi apa pilihan Makcik J? Jawapan?
Syurga dunia yang sementara atau syurga yang kekal?

Makcik J: ....... 

Terlalu berat untuk difahami?

Ok nah kesimpulan.

Jadi, apakah tujuan kita di muka bumi ini?
Maka ketahuilah sesungguhnya kita akan menjadi insan yang rugi sekiranya menganggap kehidupan dunia ini kekal untuk selama lamanya.
Ketahuilah, dunia ini hanya sementara dan menjadi tempat persinggahan. Kita ibarat saudagar yang singgah di bumi ini dalam perjalanan menuju ke dunia hakiki.


Jadi apa tunggu lagi, ayuh kita kumpul amal dan bekalan akhirat secukupnya!

p/s: Tiada kena mengena dengan Makcik Joyah, Jamilah, Jaitun, Jenab dan sewaktu dengannya. Watak fiksyen semata mata.

Ketemu lagi. 
안녕. (selamat tinggal)
Assalamualaikum.

아킴 씨.

No comments:

Post a Comment