about me

Thursday, May 10, 2012

Temuduga Program Khas JPA 2012 (Part 2)

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum

Sesi Ke-2
Study Case

K sambung dari post haritu. Part 1 Lepas habis sesi pertama iaitu sesi penyelesaian masalah dalam bahasa melayu aku dan grup aku beralih pulak ke bilik sebelah iaitu sesi 'study case' dalam english. same jugak macam sesi yang pertama tapi ni dalam english. So, bila masuk bilik tu hilang sikit rasa gelabah sebab dah ada basic sikit macam mana sesi tu akan dijalankan. So duduk ikut urutan number macam biasa dan ada seorang akak yang bertindak selaku fasi bagi soalan untuk dibaca. First first dapat soalan memang blank. Haha. Dapat pulak soalan pasal 

" explain how P.Ramlee ( his contribution) build up the sense of belonging among young generation in Malaysia"

Okay. Serious time tu aku tak faham apa yg soalan tu nak. So, grup kami berbincang tentang soalan yang diberi dan kali ni semua dalam English. So, disebabkan ramai member grup aku tak tahu pasal cerita cerita P Ramlee diorang pun nampak mcm kekok je. Haha aku ingatla jugak tapi tak berapa nak ingat sbb dah lama tak tgk. Time tu jugak penat la kiteorg pikir pasal apa maksud "sense of belonging tu". Bukan tak faham, tapi nak cari apa makna tersirat dia. So, aku pun bagi la cadangan yang filem-filem serta muzik-muzik Allahyarham tu sebenarnye melambangkan identiti kesenian dan kebudayaan negara dan sekaligus menjadikannya satu identiti yang membangkitkan semangat 'sense of belonging' ni. Aku tengok panel mengganguk. Haha. Apa lagi, kembang kejap. Kehkeh. Pastu ada jugak yg kata sense of belonging tu merujuk kepada semangat patriotik melalui cerita dia Sarjan Hassan. Okay. Bravo.

Then lepas bincang sume, present time. Kali ni lama sikit sbb panel tanya banyak soalan. Antara soalan yang ditanya:


If you were given a chance to go to the oversea, what will you make to keep up the patriotism spirit?
Why patriotism is important?
What you can contribute to the nation?

Hurm, interesting. Soalan dia alhamdulilah boleh dijawab kesemuanya. Tapi time tgh present tu aku hampir hampir tergelak sbb time tgh suasana formal tu tetiba panel tu makan kerepek ke ape tah sampai berbunyi dan menggangu sesi tu. Haha

Sesi Ke-3
Temuduga

Okay time ni dah pukul 4 petang. Perut time tu dah berbunyi apa pun aku tak tau. Haha. Member grup sebelah aku dah merungut rungut kelaparan. Tu la, kalau korang nak attend interview, jamah la sikit makanan or bawak la biskut biskut ke or roti dan bawak la air botol. Jangan expect dia nak treat korang lunch k. Haha. Then kiteorg disuruh masuk ke bilik untuk ditemuduga. Setiap bilik tu sebelah menyebelah je so lepas habis satu sesi pergi ke bilik sebelah pulak. Temuduga dalam grup so takde la nervous sangat. Duduk je kiteorg disuruh perkenalkan diri masing masing. Disebabkan numbertag aku nombor 3 so aku jadi orang yang ketiga. Lepas kenalkan diri semua, panel (dua orang) mula tanya soalan. Antara soalan panel:

1-Apa pendapat anda mengenai hak kebebasan bersuara?
2-Apa yang anda tahu mengenai teknologi hijau?
3-Adakah anda menyokong teknologi nuklear dilaksanakan di Malaysia?
4-Apa yang anda tahu mengenai teknologi terkini di negara pilihan anda? (untuk aku, aku pilih Korea)
5-Kenapa anda pilih negara tersebut?
6- Soalan lain bla bla bla dan sebagainya

Dan, semua dalam ENGLISH. Lagi satu, itu sebenarnya soalan asas je. Dalam soalan tu lagi sebenarnya ada banyak soalan lagi. Haha. Terkejut jugak aku bila panel tanya soalan pasal BERSIH (sebab aku bukak cerita pasal BERSIH.haha) sama ada bagus atau tak perhimpunan tu. Then, dia tanya pasal Adam Adli. Ala, korang tak kan tak kenal? Nah pergi google sendiri malas den nak cite. Haha. Time tu semua ahli grup aku senyap. Then dia tanya, siapa tak kenal Adam Adli? Dari tujuh orang tu, lima orang angkat tangan. Pheww nasib baik aku ni tau jugak isu semasa. Haha. Then masuk pulak isu LYNAS. Gaya panel tu cakap memang betul betul macam dia pro pembangkang. Yang aku perasan aku selalu dicondemn. ==' Macam ada je dia tak puas hati dengan aku. Hoho. Aku tau dia saje provoke dan buat macam sokong pembangkang. Tapi alhamdulilah, aku boleh lagi bertahan walaupun tergagap gagap sikit. Hahaha. Bila part last last tu aku boleh bertenang dan lancar sikit aku jawab soalan. Panel tu terkejut bila dia tanya soalan pasal Adam Adli aku mintak jawab dalam BM. Haha, aku bila jadi eksaited nak jawab English aku jadi berterabur so aku mintakla jawab dalam BM. Nasib baik panel tu tak kesah. Pheewww. :) Last last tu interview jadi macam tak formal. Soalan terakhir dari panel:

Ada apa apa yang awak nak cakap?

Ha. Aku pun jawab : Kalau diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Korea dlam bidang kejuruteraan saya akan membuktikan kepada negara bahawa saya akan menyumbang sesuatu kepada negara. Dan seperti polisi Tun Dr Mahathir Mohamad, Dasar Pandang Ke Timur, saya yakin, jika kerajaan memberikan biasiswa ini kepada saya, saya akan memajukan negara, agama dan bangsa. K. Tak sangka boleh cakap ayat macam tu. Hahaha.

Then, bersurai.

Itu jelah, pengalaman aku mengikuti Temuduga JPA :)

Satu pengalaman yang manis dan
satu pengalaman yang berharga :)


muhaiminulhakimjamaluddin

3 comments:

  1. Afieq's here!!...its juz almost da same as mine this year 17/4/13 ...3 roomss...almost carried out in the same method!!..juz titles were changed.

    ReplyDelete
  2. Salam alaik. Nak tanye, soalan yg dikemukan mmg bnyk unsur politik ya? Atau mmg mase tu tgh hangat isu politik? Sbb sy xbyk sgt pengetahuan psl politik, sikit2 tu ada la. Tapi kalau boleh sy xnk la terkena sbb karang terkasi maklumat slah buat malu je. Harap saudara boleh bg respon dgn segera. Sbb lagi 3 hari sy intervw

    ReplyDelete