about me

Thursday, May 10, 2012

tips tips temuduga

bismilahirahmanirahim
assalamualaikum

Okay tujuan aku tulis post ni sekadar perkongsian pengalaman dan tips tips temuduga. Yelah, sekarang kan musim ke menara gading. Kepada yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tu aku ucapkan tahniah la. Dan kepada yang tak dapat tu, jangan la bersedih. La Tahzan. Mungkin apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Atau mungkin lepas ni ada lagi peluang yang lagi baik menanti ke? Betul tak. Ok. Straight to the point. Jadi aku tau ramai yang nak pergi temuduga MARA, JPA, PETRONAS dan.....sebagainya. Aku tau ramai yang hebat hebat belaka. Jadi aku serta kan tips temuduga okay. Harap ini dapat membantu.


Sebelum temuduga

1. Sentiasa selak surat khabar dan surf internet baca isu isu semasa yang berlaku. Terutamanya dalam NEGARA.
2.Contoh anda nak amek medik, cari maklumat pasal medik tu sedalam dalam yang boleh. Kalau boleh biar sampai panel tu konfius korang ni doktor ke atau student baru habis SPM.
3. Ketahui fakta fakta mengenai negara dan sejarah. Jangan hentam keromo je time interview. Bahaya.
4. Buat latihan komunikasi dalam Bahasa Melayu dan English untuk tingkatkan keyakinan.Lagi bagus practice depan cermin. Jangan buat tengah tengah ramai orang, nanti orang ingat kita gila.
5. Kalau nak pegi oversea, buat rujukan sikit tentang negara yang kita nak pegi tu. Mana la tau dia nak tanya ke.
6. Buat rujukan tentang penaja kita. Contoh macam ambil tahu sape Pengarah MARA ke, ape peranan JPA ke, bila PETRONAS ditubuhkan ke. dsb.
5. Selalu bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman dan sebagai contoh kalau nak amik engineering, selalu la merujuk kepada jurutera ke or kerjaya yg berkaitan untuk tahu mengenai kerjaya tersebut.
7. Sediakan pakaian untuk dipakai sewaktu temuduga mengikut kod etika pakaian. Jangan bila time interview pakai jeans, takpun seluar pendek ala ala nak pegi kolam renang camtu. Baju macam biasa la baju kemeja. Jangan pulak pakai singlet je. Seelok-eloknya pakailah tali leher. Itu melambangkan peribadi anda sebagai seorang yang optimis dan segak. Rambut mesti kemas dan pendek. Taknak rambut ala-ala afro ataupun ala ala Justin Bubur. Lainlah kalau dah semulajadi afro ataupun anda memang Justin Bubur k. Kasut hitam berkilat okay. Hurm itu umumnya untuk lelaki. Kalau untuk perempuan pulak eden tak tau sangat tapi better anda berpakaian sopan, menutup aurat dan paling sesuai dan selamat, pakaila baju kurung. Jangan gatal gatal nak curi baju kebaya mak kat rumah. Untuk yang bukan beragama Islam dan tidak pakai tudung, better ikat rambut anda. Kasut pulak janganla tumit sampai satu inci setengah. Pandai pandai la ye.
8. Dapatkan rehat secukupnya. Itu paling penting.
9. Jangan lupa sentiasa berdoa dan mendapatkan restu dari ibu bapa :)

Semasa Temuduga
1. Jangan makan atau minum ketika disoal atau curi curi makan. Terutamanya chewing gum.
2. Masuk bilik dengan yakin. Langkah biar bergaya dan teratur. Jangan lembik macam tak makan setahun.
3. Apabila disoal jawab dengan yakin dan jelas. Jangan cakap laju laju. Rileks dan anda akan yakin.
4. Bila panel tanya soalan dalam BM, jawab dalam BM. Begitu sebaliknya.
5. Minimumkan pergerakan tangan , kaki dsb. Panel nak dengar anda cakap, bukan nak tengok tangan anda bergerak.
6. Kalau tak tau, baik mengaku. Jangan buat buat tau. Kang kalau salah goreng anda jugak yang malu.
7. Jawab soalan dengan sopan. Bukan macam dekat sekolah ye cakap dengan kawan kawan.
8. Kalau panel tak suruh duduk, jgn duduk. Sabar.
9. Kalau panel provoke ataupun buat karenah, sabar. Itu taktik panel untuk buat kita gelabah dan down.
10. Senyum sokmo okeng!
11. Salam panel tu sebelum keluar dan jgn lupa ucapkan terima kasih.

Selepas temuduga
1. Jangan gembira sakan terpekik terlolong bila keluar bilik interview tu. Hormat jugak orang lain.
2. Redha dan tawakal saja dengan keputusan yang diumumkan. Jangan lupa berdoa. :)


Itu saja tips inteview.
Harap harap membantu. :)
Semoga berjaya!

muhaiminulhakimjamaluddin

4 comments:

  1. cehhh, orang dah bnyak kali pergi temuduga berkata kata. haha :D

    *copp, satu setengah inci tu okay la derr. taklah tinggi sangat. haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha apa nye. baru sekali la derr. weh asal tak boleh bukak blog kau? ubah la setting tu. haha. dia kata aku under age

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Thx for the info. Regret for not reading newspaper or update the life issues.

    ReplyDelete