about me

Wednesday, May 9, 2012

Temuduga Program Khas JPA 2012 (Part 1)

bismilahirahmanirahim
assalamualaikum

jadi hari ini tanggal 8 Mei 2012 aku menghadiri satu temuduga JPA untuk Program Khas ke Korea, Jepun, Perancis dan Jerman- sebagaimana anda semua melihat post aku yang terdahulu.

Temuduga dijalankan di UNITEN bertempat di Bangi pada jam pukul 2.00 petang. Jadi dengan bantuan pakcik aku yang tinggal di Bandar Baru Bangi *oh terharu :'(* dengan baik hati telah membawa aku ke UNITEN untuk temuduga. Mula mula masuk UNITEN fikiran pertama yang menerjah masuk kepala

*wow besar gedabak punya u*

hurm actually tak pernah datang sini so agak terkejut jugak la tengok U ni besar jugak. So cari jalan untuk ke tempat interview tu punya lah jauh. Nasib baik naik kereta dan ada tunjuk arah ke mana interview tu. So pakcik aku dropkan la aku depan Kolej Teknologi Maklumat-tempat temuduga dan SAC (student assessment centre) berlangsung.

temuduga tu berlangsung di tingkat satu so lepas naik lif terus aku cari tempat yang sepatutnya. keluar je dari lif aku tengok depan aku ada dua sign- sebelah kanan menunjuk ke arah Kelompok 1 dan 2 dan sebelah kiri Kelompok 3 dan 4. Memandangkan aku kelompok a.k.a grup 1 so aku pun pegi la tempat tu. Then sesi pendaftaran dan kena hantar sijil, salinan, apa semua tu segala bagai dekat urusetia. Dalam grup 1 tu dia pecahkan lagi kepada grup lain lain. So aku dapat grup 1 dalam kelompok 1. Pergh bunyi agak pening kan? Then lepas tandatangan untuk  mengesahkan kehadiran, aku dapat name tag or to be exact aku dapat number tag. haha. number 3. Dalam list tu pun memang aku number 3 so sebab tu la dpt number 3. Fikiran aku time tu satu je. 

*habis la aku dapat number awal awal*

Haha. Grup aku sepatutnya ada sembilan orang tapi yang ada tujuh orang je. So time tu grup aku kena duduk luar bilik panel. Aku baru sampai ingat nak berkenalan la dgn depa sume, tapi tetibe je out of nowhere keluar seorang staf *hurm tak tau nak panggil apa, panggil abang better kot* suruh kiteorg semua masuk bilik panel ikut urutan number. Gulp. Aku dah la baru sampai prepare ape pun tak lagi . Ingat nak g toilet nak check kat cermin hensem ke tak tapi plan terbantut pulak. So dengan heartless nye aku masuk ke bilik panel tu. 

Kalau korang nak tau bilik panel tu ada dua orang panel dan depan panel tu kerusi disusun bentuk bulatan.
So, abang tadi tu merangkap fasilitator arahkan kiteorg semua duduk ikut number dan sentiasa tunjukkan number tag tu. Okay. Then dia tanya siapa nak jadi ketua untuk sesi ni. So ada sorang budak India volunteer nak jadi ketua. Oh lupa nak cakap grup aku ada 7 orang,  2 Melayu, 3 India and 2 Chinese. Oh memang 1 Malaysia. Lepas dia volunteer tu abang tu bagi satu kertas and satu gambar and dia suruh budak tu (sorry bro tak ingat nama-nama hang panjang sangat) baca kan soalan tu. Jadi soalan tu berbunyi begini.

Berikan pelan tindakan bagi membasmi masalah pengekspoitasian pengemis kanak-kanak.

K. Soalan yang selalu dibincang waktu nak dekat dekat SPM. Haha. So at that time aku rasa macam boleh jawab soalan ni. Hoho. Then lepas baca tu abang tu bagi kertas mahjong and marker suruh kiteorg discuss 30 minit and present 15 minit. The awkward moment is, kiteorg kena bersila kat lantai (nasib baik karpet) dengan panel duduk depan tengok sambil tengok kiteorg bincang bincang.

Disebabkan tadi tak sempat nak kenal satu sama lain so ketua kumpulan suruh semua ahli grup kenal kan diri. Aku ada masalah sikit nak ingat nama so ingat nama sorang je. Haha. Azim. Then mula la perbincangan. Actually time perbincangan tu korang semua (siapa yang akan datang nak pergi la kan) kena konfiden and selalu ambil peluang tonjolkan diri. Macam aku, penat aku berbahasa baku sambil bagi idea idea. Sambil tu aku tayang tayang sikit muka and number tag aku kat depan panel. Haha XD

So lepas 30 minit bincang kiteorg pun present. Time tu gabra jugak la sebab takde gunting nak potong selotep. Haha aku pun hampir hampir nak gigit *okay memalukan* tiba tiba abang tadi dtg hantar gunting. Ni lagi satu hal. Aku punya la gabra sampai selotep tu asyik asyik terkoyak. Sampai semua orang tengok aku. Haha. Aku present tentang punca dari pihak kerajaan dalam kes eksploitasi kanak-kanak tu. So lepas habis tu aku macam lega sikit tapi bila part dia tanya soalan tu aku cam nervous balik.Tapi wat lek so aku pun cam kool je. Haha. LOL. Panel tu tanya : apa beza pelan tindakan dan langkah langkah? Aku pun jawab la yang pelan tu lebih kepada penyelesaian secara menyeluruh manakala langkah langkah tu hanya bersifat cadangan. *hahaha tak tau betul ke tak* Then yang lain pun jwb jugak soalan tu disamping tambah tambah sikit idea. Then the next question from another panel memeranjatkan aku.

"macam mana pulak dengan ibu bapa yang mengeksplotasi anak mereka sebagai pengemis?"

Gulp. Then ada sorang member grup aku tu cakap dengan peranan jiran dan masyarakat yang peka dapat mengatasi masalah tersebut. Then dia cakap, jiran harus melaporkan segera kepada pihak berkuasa..dan sebagainya.

Panel tu pandang aku then spontan aku jawab: Kebanyakan keluarga yang menjadikan anak anak ini sebagai mangsa ialah kerana kebanyakan dari mereka bependapatan rendah dan miskin. Jadi mereka menggunakan anak mereka sebagai mangsa dalam meraih wang dan sebagainya. Jadi, peranan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat amatlah penting dalam memastikan golongan berpendapatan rendah dibantu dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar masalah ini. Pheww. Panel tu angguk angguk. Yes. Akhirnya. Haha.

Lepas tu akhirnya kami boleh bersurai dan pergi ke bilik seterusnya untuk fasa berikutnya. Oh lupa nak bagi tau ada tiga fasa. Yang pertama penyelesaian masalah yakni dalam Bahasa Melayu. Fasa kedua study case which means in English dan yg ketiga ialah sesi temuduga.

K kepada yang tak faham SAC tu apa SAC tu merujuk kepada Student Assessment Centre yang menjadi salah satu kriteria pemilihan di samping temuduga. Temuduga dan SAC merangkumi 10% dari keseluruhan kriteria. 70% dari akademik, 10% kokurikulum dan 10% sosio ekonomi. Seperti yang aku cerita tadi mengenai fasa pertama dan fasa kedua itulah merujuk kepada SAC. SAC itu lebih kepada pembincangan dan sesi mencungkil idea dan critical thinking untuk melihat kemampuan sebenar individu tersebut.


akan bersambung..

1 comment:

  1. ASSALAM
    mana sambungannya...
    anak saya sudah memohon scholarship ni...mohon bantuan teruskan bagi hint soalan bagaimana yg mereka tanya.
    terima kasih diatas bantuan.

    ReplyDelete