about me

Wednesday, February 29, 2012

islam is not an enemy :)

dan sekali lagi kita bertemu.
wah. sumpah. aku semakin sibuk.

haha.
entahla. kerja banyak. dan semakin banyak. tak baik membuang masa. (nasehat diri sendiri)
muahahaha
yelaa. lepas hupdate ni aku buad la kerja yeah.
=..=

okay. pengisian apakah ingin aku ceritakan? 
oh ya. hari ini 29 Feb.
selamat hari lahir kepada individu yang serious bertuah hari ini.
dan janganlah bersedih tidak dapat menyambutnya setiap tahun.
kalau empat tahun sekali barulah orang akan tahu appreciate kita kan.
yes yes? angguk lah. jangan terbukak mulut sambil kening kiri kanan terangkat-angkat.

selesai.

oh. baru-baru ni aku menghadiri satu konferens riang.
bertempat di kampus aku lah. mana lagi.
konferens riang? apa jadahkan? apa menda tu? 
tertanya tanya? okay. konferens riang ialah mengikut definisi ialah satu talk mengenai agama.
aha. aku gunakan istilah ini melalui inche gabanna. penulis belog angel pakai gucci.
dan ya. kredit kepada inche gabanna melalui tarbiyahnya dalam program ISK.
(ini sejarah kita)
sumpah terkesan! haha

dan talk ini dianjurkan sempena program islam week.
tajuknya ya. memang menarik. (kalau tak menarik xde la aku nak datang kan. heh)
misconception about islam.
mula-mula memang dah terpasang niat aku setinggi bukit broga nak datang program ni. usai je kelas pukul empat terusan aku balik bilik. almaklumlah pukul enam baru setat program tu. dan. macam biasalah. mimpi sampai ke bulan mana pun aku tak tau. nasib baek lah kawan yang prihatin menyedarkan aku dari lena yang memang betul-betul tak bagus dan membuatkan aku boleh jadi gila. (erk?? memang la brader, tido petang.haha)

okay. perlahan-lahan aku melangkah ke lecture hall yang sumpah time tu rasa kesejukannya.
aku dan rakan-rakan mengambil inisiatif mengambil tempat dihadapan. maklumlah, rabun aku powernya 200.
haha.

lecture hall yang mulanya agak lengang semakin rancak. orang makin lama makin memenuhi tempat yang sememangya penuh. crowded.full.tin sardin. dan istilah yang seangkatan dengannya.

aku? tersenyum riang kerana mendapat tempat. muahahaha (gelak kejam)

tak ada lah. muat je. yang tak muat tu buat buat muat lah duduk kat tangga.
dan bermulalah talk itu yang disampaikan oleh seorang mualaf berbangsa india.
(aku agak kagum dengan kelancarannya berbahasa ingelish sedangkan aku ini yang begitu kekoh berbelit-nelit lidah nak ber-speaking-ni.)

pengisian yang betul-betul mantap. 
fuhh. macam. errr. entah la analoginya. yang penting best lah!

apa yang aku kagum ialah
ramai non muslim datang ke talk itu. 
buddhist,hindu,cristian,atheis
semua datang.
dan aku nampak melalui sinar mata mereka mengharapkan penjelasan mengenai islam.

oh!
ketika itu juga aku fikir bahawa islam sememangnya wonderful!

sepanjang talk itu juga, banyak kesalahfahaman mengenai islam diterangkan.
islam menjadi bukti sebuah agama yang syumul.

dan aku baru tahu sememangya ramai dalam kalangan non muslim disogokkan dengan pelbagai virus alergik islam.
yang dipengaruhi oleh media.dan....
urgh..
muslim sendiri. sokongkah anda dengan penyataan aku?

kebanyakkan mereka menjadi alergik dan alah dengan islam kerana melihat tindak tanduk muslim sendiri.
bagi mereka, umat islam dilabel terus sebagai terrorist, berahklak buruk dan sering terlibat dengan keruntuhan moral.

salahkah mereka beranggapan demikian?

tarik nafas..dan hembus.
yaa. inilah hakikat yang perlu kita hadapi. 
muslim kini semakin lemah. dan..
bukannya ISLAM yang semakin lemah.
muslim kini yang semakin hanyut terkapai-kapai dalam lautan materialism dan hedonism yang benar-benar menjerut nadi agama.

walhal
dilahirkan islam.
"don't inherit your religion, but learn it"
istilah yang betul-betul aku terkesan.
kita bersyukur dilahirkan islam. bagaimana dengan penduduk orang asli hulu ceruk bukit yang langsung tiada ilmu mengenai islam?

islam sekiranya dijadikan nadi
dan udara yang menjadikan kita hidup
insyaALLAH
kita akan semakin segar bugar dalam menjalani kehidupan sebagai abid dan khalifah di dunia ciptaan sementara ALLAH SWT ini.

berbalik kepada talk tadi.
aku kagum betul dengan non muslim yang sibuk mencatat dan tanya itu tanya ini.
bagi aku mereka sememangnya hidup dalam dunia yang penuh dengan anasir virus anti islam.
atmosfera yang menampakkan kelemahan masyarakat islam.
atmosfera yang menunjukkan kepincangan komuniti muslim
serious.



kalau kita benar-benar berada dalam landasan islam.
kan senang untuk kita tarbiyah kepada orang lain dan mengajak mereka memeluk islam.
wah. sumpah. islam itu sungguh kool.

ada juga terus kecam islam.
kata islam ini agama kejam dengan hukum hudud dan kisasnya.
rilek dulu bro! tenang. sekali lagi tarik nafas..hembus..

kenal dulu islam.
baru tahu islam ni agama yang sungguh murni. 
percayalah. 



muhaiminulhakimjamaluddin.
#to be continued.
 


3 comments: