about me

Friday, February 24, 2012

kita bercakaran. dan zionis pemenang

bismillahirahmanirahim

okay. tajuk entri kali ni memang agak menangkap mata. dan sudah tentu ada yang terus klik link nak baca dan seperti biasa ada jugak yang cakap:

"ek eleh. tak habis habis nak cakap isu israel. dah takde isu laen ke? ke saja je nak raih publisiti lah tuu. a.k.a mencapap tak sudah"

alaa rilek la broo.
kau tak baca takyah la nak mengomel bagai. wat rilek sudahh. orang lain nak baca jugak. aku tulis ni pown sebab ni belog aku.hahaa. lain lah kalau aku mengutuk kau bagai nak rak sampai kau nak pergi pasar beli ikan kembung pown mak temah jual kain kenal kau dek tempias kepopularitian belog aku nih. hoho *gelak sumpah bajet+perasan*

okay. dah dah. tak payah nak melalut.
straight away to the point please.

tajuk entri aku ada mention pasal kita bercakaran.
so, apa yang aku maksudkan by kita bercakaran?
tak payah cakaplah, rasanya satu malaysia dah tahu. makcik jenab, pak meon, datuk samad, datin mariam semua sibuk dok cakap. silap-silap persatuan bibik-bibik (PBB) dan persatuan kaki gosip depan rumah (PKGR) pown hangat cakap pasal hal ni.

lisa surihani kawen?
salahhh. 
 (ohh lisa. hatiku patah seribu kau kawen si yusry T__T)

madu bercakaran sesama madu?
salahhh.

supporter jepun dengan supporter malaysia bercakaran?
salahh.

sedar atau tak sedar, serious isu politik kita semakin menganggugugat keamanan negara sendiri. sini sana sibuk orang berpolitik. selak-selak surat khabar bukak tv, bukak belogg dah naik jelek dengan isu-isu politik yang sengaja dimanipulasi dan disogokkan kepada rakyat.

yang menjadi mangsa RAKYAT.

WARNING:
*dengan ini aku isytiharkan belogg aku ni xde kaitan dengan bau-bau politik yeah. i'm being natural and seriously, talking about our politics, it seems that it still not matured enough :) aku bukanlah penyokong tegar parti-parti politik di negara ini kerana disebabkan oleh umur aku yang belum cukup mengundi dan masih menuntut. dan untuk makluman, aku bukanlah sebahagian dari manusia yang menggelarkan diri mereka mahasiswa yang mahukan reformasi tak hape-hape dan terjerit terlolong. aku hanyalah rakyat jelata yang menonton secara langsung pentas politik yang penuh dengan drama spastik dan stereotaip *

okay.let's continue our story mory (cewahhh omputih derr!!)
apa yang aku cuba maksudkan bercakaran sesama sendiri ialah di antara parti pembangkang dan parti kerajaan sendiri. aku bukanlah belagak pandai nak cakap pasal benda nih, tapi sebagai rakyat yang sayangkan negara dan agama sendiri, tak salahkan aku nak utarakan pendapat aku di ruang kecik belog aku ni kan? :DD

macam baru-baru ni. kecoh pasal isu sokong keselamatan israel dan zionis laknatullah oleh ketua pembangkang. siap masuk akhbar amerika tuu. kenyataan tu straight jadi isu hot, breaking news, ngetop, sensasi, dan seangkatan dengannya. kononnya ketua pembangkang menyokong israel laknatullah. selepas tu, beliau menjelaskan bahawa kenyataan beliau disalaherti dan diputarbelitkan oleh media dan kerajaan. takpelah, masing-masing ada hak untuk berkata. tapi yelaa. beliau kata keselamatan israel tu dengan bersyarat. iaitu harus mengiktiraf negara palestin. 

entahla. bagi pendapat aku la. kalau tahu kenyataan tu akan mencetuskan kemarahan umat Islam, kenapa masih lagi pandai-pandai gatal-gatal nak buat komen pasal sokong keselamatan israel tu? pelik-pelik. dan kalau tahu media akan putar belitkan kenyataan tu, kenapa masih sibuk lagi buat komen pasal tu? kenapa tak cakap straight to the point, "sepatutnya israel berundur dari palestin dan palestin sewajarnya mendapat kebebasan dan keadilan sewajarnya"

haih.politik politik.

ni lagi satu. kecoh kott isu baru-baru ni kapal israel dibenarkan berdagang kat pelabuhan malaysia. bila kantoi, call nak tanyakan pengesahan terus terdiam. haih, kenapa diam? manusia manusia. bila tanya lagi kenapa kapal israel dibenarkan masuk perairan negara diorang cakap yang (bunyi lebih kurang macam ni la) "kapal israel nak masuk sini pown bukan sebab perdagangan. kita tak menjalankan hubungan diplomatik pown. tapi kita bagi syarat, kalau nak masuk, tak boleh kibar bendera israel"

pulak dohh.
macam kalau tak kibar tu boleh kita assume israel tu macam tak datang sini ehh. 
lepas tu mula lah.
salahkan sana salahkan sini.
orang A salahkan orang B. orang B pulak salahkan balek orang A.
tuduh menuduh. cakar mencakar. tenyeh menenyeh. 

persoalannya?
kita ni agama apa? Islam kan? saudara sesama agama kan? orang Islam sedang dipijak-pijak maruah mereka di Palestin dan berjihad mempertahankan hak mereka, kita kat sini dipertontonkan oleh drama maha hebat dan tentu-tentu dapat box-office tayangan walaupun bayaran free je.

bergaduh.tuduh menuduh.memfitnah.bercakaran sesama umat Islam sendiri!
masyaALLAH.

STOP ISRAEL !


selaku rakyat dan seorang hamba ALLAH yang kerdil di muka bumi ni aku hanya mampu meluahkan kekesalan. dan hanya doa mampu diutuskan kepada sahabat-sahabat seagama dengan kita yang berjuang dan berjihad di atas syiar dan jalan ISLAM. 

bukanlah aku menjadi seorang yang anti kepada politik.
dan bukanlah aku nak kata aku satu hari nanti jadi extremis politik.
dan bukanlah nanti aku yang akan buat undi rosak undi hantu undi pocong dan sebagainya.

cuma
pesanan kepada saudara seagamaku, hentikanlah segala pergaduhan,perselisihan dan segala masalah yang berdaki dan berlumut-lumut tu. kembalikan keamanan dan bergeraklah senada dalam memperjuangkan ISLAM di atas sebuah tanggungjawab sebagai seorang khalifah di atas muka bumi :)
dan jangan sesekali kita biarkan maruah agama kita tergadai.
kita bercakaran, zionis pemenang.

 
"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." 

(Ali Imran:103)
 muhaiminulhakimjamaluddin

No comments:

Post a Comment