about me

Sunday, March 4, 2012

semalam sudah 88 tahun kita...

oh. terlebih dahulu maafkan aku sebab post ni sepatutnya dibuat semalam.
tapi disebabkan pembaikan dan servis internet network di campus aku membuatkan post aku ni terbantut.
padahal semangat dah berkobar time tu.
(bagus lah, at least bila tenet xde, buat keje ber-pae-dah sikit) 

ha, apa yang aku maksudkan dengan sudah 88 tahun kita...

semalam 3 march 2012  genaplah 88 tahun.
88 tahun apa?

besday someone? 
telepon nokia 3310 dicipta?
9gag diasaskan?
jepun menjajah?
dinasti k-pop mula memerintah?

no. i'm sorry to say that all of you wrong if you answer that way.

jawapan sebenar dia
yes. korang tak kan sangka pon. 

3 March 1924
The 1,400-year-old Islamic caliphate is abolished when Caliph Abdul Mejid II of the Ottoman Empire is deposed. The last remnant of the old regime gives way to the reformed Turkey of President Kemal Atatürk.
 
nak aku translate kan?
 
3 Mac 1924
SISTEM KHALIFAH ISLAM YANG BERUSIA HAMPIR 1400 TAHUN DIMANSUHKAN APABILA KHALIFAH ABDUL MEJID II, KHALIFAH KERAJAAN TURKI UTMANIYYAH DIPAKSA UNTUK MELETAKKAN JAWATAN. REJIM LAMA MEMBERI LALUAN KEPADA PRESIDEN REFORMASI TURKI KEMAL ATARTURK . 
 
ya. manusia keparat ini lah (sorry gaya bahasa agak kasar dan cencored)
yang menumbangkan khalifah terakhir Islam dan menghalaunya keluar dari Turki.
 
ya. manusia _______ ini lah (beri peluang kepada anda untuk isi)
yang menghancurkan harapan umat Islam untuk bernaung dalam lindungan pemerintahan khalifah.
 
dan tidak keterlaluan aku katakan,
manusia ini lah yang menyebabkan Islam terus jatuh terjelepok dan menghumban status Islam sebagai penguasa dua pertiga dunia terdahulu.
 
yaa.
muslimin dan muslimat. pernah kah kita sedar realiti kehidupan kita masa kini?
dahulunya islam menjadi ustaziyatul alam yakni ustaz kepada alam.
apa tu?
maksudnya islam menjadi rujukan seluruh manusia pada ketika itu.
 
ingat bagaimana dahulunya pada zaman pemerintahan kerajaan abbasiyah?
ibnu sina, al-khawarizmi, hassan al-haitham, al-batani
dan ramai lagi ilmuan islam yang unggul dan menjadi asas kepada penciptaan banyak benda pada masa kini.
 
kalau tak, mustahil kita nak ada facebook,twitter, blog dan sebagainya.
entah entah korang pon tak dapat nak baca.
 
tengok, bagaimana zaman dulu islam berkembang pesat dan menguasai hampir dua pertiga dunia.
sekarang?
 
oh, mungkin ada orang cakap rilek ahh
tak yah nak semangat sangat.
malaysia ni dah cukup islamik lah wehh. kata negara islam.
oh. betul jugak. tapi ni apa ek?


 ini ke bukti ke-islamik-kan sangat tuh?
haiyoo. tepuk sebelah tangan kat dahi sambil geleng-geleng.

dan sungguh
inilah realiti umat masa kini.
kita perlukan pembimbing. dan pembimbing itulah yang RASULULLAH S.A.W sampaikan kepada kita.
AL-QURAN dan AS-SUNNAH

bagus ke bila harap je maju tapi
akhlak masih lagi melayang-layang? (sori la bro ayat harsh sikit)
zaman kegemilangan islam dulu maju jugak tapi akhlak mereka memang tip top sepanjang zaman.

ya. kita harus renung sejarah kita balik.
umat islam kini memang jatuh tapi x mustahil untuk terus bangkit.

semuanya perlu bermula dari sekarang.
yes, kita perlu isytihar perang.
perang apa?
jihad melawan nafsu dan keruntuhan akhlak. itu yang kita perlu lakukan.

sering tertanya-tanya bagaimana nak menolong masyarakat palestine?
syria?
iraq?

mereka hanya mengharapkan bantuan umat islam.
bukan dengan lelehan air mata, tapi dengan anjakan paradigma yang dilakukan.
berubah ke arah yang lebih baik dan bersatu menegakkan islam.

yes.
itu yang kita mahukan.

sudah 88 tahun kita jatuh.
tak kan nak tunggu seratus tahun?
oleh itu bangkitlah umat islam. 
kita sama-sama berjihad. -paling kecil, kita melawan nafsu dan syaitan.

p/s: video yang betul-betul meniupkan semangat kita. osemmmm!




#motivasi untuk diri sendiri dan anda semua.
muhaiminulhakimjamaluddin

5 comments:

  1. :D fahami lah islam.. bukan hanya islam pd ic(identity card)..
    ketahuilah rakan2 ku bahawasanya islam sekarang telah jatuh terjunam terpelosok ke dalam arus jahiliah yg dinaungi 2 kuasa besar yaknibarat dan yahudi laknatullah..

    maka:D

    ...

    bangun lah wahai rakan2

    tagakkanlah islam bukan dri segi peperangan jika tak mampu..tapi...

    dengan mengubah nasib diri kita senDIRI kerana disitulah TAPAK dibina ke arah membina uztaziatul alam




    ^ uztaziatul alamm
    | empayaz islam
    | negara islam
    | masyarakat islam
    | keluaga islam
    | individu muslim

    ReplyDelete
  2. yup ! so kite sebagai generasi Islam sekarang ayuh bangkit membangun kan ummah :) Insya Allah .

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. nice post minul...moga2 memberi manfaat kepada para pembaca yang lain :DD

    ReplyDelete
  5. insyaALLAh.
    so, kita kena bangkit!

    yeah :)

    ReplyDelete