about me

Sunday, April 29, 2012

one day at terendak :)

bismilahirahmanirahim
assalamualaikum.

hi. sihat? apa khabar akhi ukhti sekalian? sihat? alhamdulilah. oh, lupa pulak, kepada yang sibuk, i mean betul betul sibuk berarak jadi duta kecil a.k.a tukang promosi DiGi dengan tagline 'i will follow you' yg sudah berubah menjadi 'suara rakyat' tu sume, di samping dok memBERSIH tu, jangan la lupa BERSIHkan niat and tujuan sekali ye. *double kelip*

jadi ditakdirkan memang tujuan aku balik rumah a.k.a melaka hujung minggu ni ialah untuk mengambil laptop yang sudah selesai di repair di samping saje duk melepak kat rumah. then, tanpa diduga Cikgu Azarina Mustafa merangkap cikgu dan coach debat aku masa aku zaman sekolah dolu call aku dan bercerita mengenai pertandingan debat yang akan dijalankan minggu hadapan. jadi, setelah potpet agak lama, ditambah dengan kebetulan yang ada, aku pun mengofferkan diri aku untuk join sekali tgk perintis perintis debat ni berlatih. ataupun bahasa mudah, curahkan ilmu debat serta pengalaman yang ada.

gaya cakap macam berpengalaman lah sangat.

jadi, journey back to melaka begins.

26 April 2012
habis je kelas english petang tu pukul 4.00, selesaikan hal dekat bangunan admin, melantak waffle dengan bai *godaan makan* solat asar then tunggu shuttle bas heading ke ktm kajang pukul 5suku tu. and serious aku tak expect ramai orang tunggu bas. then baru aku tahu yang ramai ramai tu budak intake April yang nak balik hotel. depa sume dapat hotel sebab penginapan on campus tak cukup untuk tampung diorang. so kena tunggu sampai budak budak foundation habis bulan lima ni, then baru diorang dapat on campus accomodation. so bagi aku, just one word. UNTUNGLAH. pom pam pum lepas naik bas gedabak gedebuk naik ktm bagai, akhirnya aku sampai ke TBS. terminal bersepadu selatan. solat kejap, then beli tiket pukul lapan malam. time tu aku lupa pulak yg tak boleh bawak makanan dalam bas tapi terbawak pulak. haha nasib baik aku sorok dalam beg. terkejut gak aku tiba tiba pakcik drebar bas tu berhentikan bas sebab tetiba dia dapat detect org bawak makanan dalam bas.

PAKCIK BAS: siapa bawak makanan, sila habiskan ye, no food or drinks allowed!
ME: *innocent face*.

ala, tak makan pun time tu. most of the time aku tido je. then pukul 10 sampai melaka sentral. then upon arrival, aku terus roger abah aku suruh pickup aku.then we had our time lepak lepak dkt warung chit chat kejap sambil aku melantak *lapar sebab tak dinner* then balik rumah wash up, solat and terus terbongkang.

27 April 2012
aku terbangun sebab my lil bro and sis nak siap siap g sekolah. solat subuh then tido balek sampai pukul sembilan. ha, penat sangat. mandi, breakfast and tolong tolong buat household chores sikit then lepak depan tv tgk cte pasal PLKN. haha, tetiba aku macam merasa nak g PLKN. envy to those yg dpt pegi tu. layan kejap sambil tunggu my lil bro balik nak g solat jumaat sesama. then aku siap siap pack barang untuk bermalam di terendak. hooyeah. my lil bro balik je then kteorg g solat. *this time tak tido dgr khutbah* afterwards, aku pegi bus stop and adik aku balik rumah. tunggu punya tunggu sekali teksi sampai. dua ringgit. so jadi lah, walaupun teksi lama and panas sikit. actually bukan panas sikit. hahaha, ditambah cuaca terik plus takde pendingin hawa, aku macam sardin bakar dalam tin. dan dan pakai baju hitam time tu. sampai je Melaka Sentral aku terus lepak sejukkan badan kejap. pheww.

then naik bas g sungai udang. time tu jugak la aku nampak ex-classmate time aku kat terendak dulu. nazirul haziq. dia baru balik dari GMi yang maha hebat tu untuk balik ke rumah. cehh. tak tak habis dengan banggakan GMi kau tuh. haha. jumpa dia kejap dalam bas chit chat sambil dia show off kejap xperia play dia baru beli guna duit elaun baru masuk. pergh, tunggu je la aku time degree nanti ek, habis aku tunjuk kat kau. haha. sampai sungai udang aku bai bai dia turun depan kem terendak. dia turun depan sikit so aku turun la dulu. time tu dah pukul 5 dah nak pukul 6 so aku berjalan la ke kem terendak. sekali sekala tahan jugak kereta yang lalu lalang but none yang bagi respon. time tu jugak aku terfikir alangkah bagusnya time tu aku beruniform maktab. kah kah. kompem diorang kasi tumpang. so aku menapak lah jugak. lama lama tu ada la jugak makhluk ALLAH yang baik hati tumpangkan aku sampai dekat maktab. sampai maktab je lepaskan rindu pada cik tapaa a.k.a pakgad borak borak kejap pasal isu semasa maktab. time tu ustaz azari suruh tunggu kejap sebab dia otw balik maktab. so sambil tunggu dia tu aku borak borak la kejap dengan dia. time tu kat padang ada hari tamat latihan badan beruniform so aku usha usha la jugak. then aku perasan something weird. oh, baru perasan bangunan akademik dah cat kaler biru!

then, ustaz smpai terus bawak aku pergi rumah warden. tolong tolong ustaz kejap susun susun meja untuk BBQ malam tu. BBQ dengan warden warden semua. haha, ALHAMDULILAH, rezeki malam ni. hehe. actually antara warden je, tapi bolehla tumpang sekaki.
hihi. :)

time tu pun memang perut tengah lapar gila sbb tak lunch pun. so, siap siap lepas tu pergi surau pakai baju melayu ust yg agak besar sikit. haha maklumla tak bawak baju melayu pun. selesai solat maghrib tu, aku pun pergi la ke hadapan untuk memberi talk. macam biasalah, ex student kena la bagi talk. :)

ALHAMDULILAH lepas settle bagi talk and tayangan video sikit, then solat isyak. after solat tu, jumpa le kejap dengan budak budak bahas lelaki iaitu Razzi dan Luqman clepot. diorang ni jugak ex anak buah aku. haha Razzi ex-peritis Biro Agama, and Clepot ex-perintis Biro Kebudayaan. borak borak kejap then rush g supper. haha almaklumlah, seharian tak makan XD.

balek rumah warden, tengok tgh meriah warden warden sume tgh wat bbq. haha, dek keseganan aku, aku terus masuk rumah. ust tony ngan ust zaid panggil panggil aku suruh join sekali. mula mula memang la macam malu malu sikit, haha, kena la pandai cover. muehehe. then apa lagi, melantak la! hahaha. lepas melantak tu pegi dewan pulak dengan ust azari sambil tunggu cikgu aza dtg untuk latihan bahas malam tu. tengok persembahan malam kebudayaan badan beruniform.

haha, kreatif gak budak budak ni semua wat persembahan. tak sempat tengok semua pun. tapi yang sempat aku tengok yg gempak grup silat. pergh. dondang sayang + silat. haha, kreatif kreatif. then yg paling melekat dalam fikiran aku grup puteri islam. hahaha, kelakar betol. diorang buat tarian ape tah aku tak tau tapi ada sorang budak perempuan bersemangat buat persembahan. anyway, you all did a great job and seriously awesome.
*puji sikit*

then, cikgu aza panggil budak bahas dkt rumah warden untuk wat latihan sambil makan makan sekali. rupa rupanya banyak lebih so apa lagi, hahaha.

diorang practice and sambil tu ckgu aza dan aku sama sama bagi tunjuk ajar dan tips. *of course cikgu aza bagi lagi banyak tips berbanding aku* hahaha. aku just tengok and betulkan sikit sikit je.

practice punya practice sampailah pukul dua suku. budak perempuan (yasnor dgn zila) dengan cikgu aza tido situ malam tu and budak lelaki balik blok and aku balek ke rumah ustaz untuk tidoo. balek rumah tokojut aku tengok ustaz tajul and ustaz zainudin tgh tido kat ruang tamu. haha, aku pun taktau nak amek port mana then aku tidur sebelah ayahanda homeroom kesayangan aku iaitu ustaz tajul.
hoho. then penat punya pasal *zzZzzZzZ*

28 April 2012
aku terbangun bila terdengar azan subuh. lepas tu tido balik then bangun bila alarm fon aku berbunyi. hahaha. ustaz zainudin bangun then ustaz tajul pulak bangun. ust tajul pegi surau and aku solat subuh kat rumah je. ingat nak sambung tdo lepas subuh tapi macam tak bagus je so pegi la surau join depa sume baca al-mathurat. time tu pulak mata terlalu berat sampai pening kepala sbb tak cukup tido. haha. perlahan lahan melangkah g rumah warden then ust azari yang baik hati offerkan aku tido kat bilik dia. oh, terharu aku. :'(
penat punya pasal aku tidoo sampai pukul sembilan. then mandi apa sume keluar la dari bilik air. lagi sekali aku tokojut tgk ustaz zainudin kat ruang tamu. haha. nasb baik aku tak bising bising melalak lalak dalam bilik air. hihi. nsib baik gak sb aku pakai proper. hehe. then cikgu aza kol suruh g rumah warden sebelah g tgk lagi practice budak budak bahas tu sambil bekpes. practice punya practice sampai la pukul 1 ptg. time nak balik tu bagi la pesan sikit kat budak budak yg nak g pertandingan tu nxt week. then, jumpa cikgu aza cakap cakap sikit and then nah, dia bagi sumthing. segan nak accept actually tapi dia suruh jgk amek.tengs cikgu. terharu :'( cikgu cikgu maktab semuanyaaaaa baek belaka.  kebetulan ustaz tajul nak balik so aku pun tumpang la sampai simpang. then ust drop dkt bus stop depan tu then balik la rumah. sampai rumah terus bammmm! zZzZ

itu je nak share pengalaman aku kat maktab selama sehari.
haha. anyway, kepada semua cikgu cikgu makb. like always you all are great and superduperawesome.
tengssss kepada warden warden, cikgu cikgu and semua lah. jasamu akan dikenang :'(

and, kepada hadek hadek debat (yasnor, zila, razzi and clepot) banggakan nama maktab yeah!
martabatkan debat. dan terus ungguli pentas debat.
itu sahaja, assalamualaikum.

p/s: sorry takde gambar. haha. terlupa . :P


muhammadmuhaiminulhakimjamaluddin.

1 comment:

  1. aq rasa setiap entry kau akn ade,,lapar2...hahaha...however..its good when u went to that school again..really miss the time when we were at school..but not the homework lahhh..hahae

    ReplyDelete