bismilahirahmanirahim
kenapa hari ni aku cakap pasal pasar?
semalam aku ke pasar malam. (mudah punya jawapan)
terbayang-bayang makcik jual sayur sambil menjerit
"adikkkk..murah dikkk..kangkung seiikat 3 ringgit..mai leee"
takpun ane jual kacang
"kacang goreng,kacang goreng,kacang goreng,kacang gorennggggg!"
ada jugak budak jual jeli kelapa
"abe...jeli kelapa be...moh le singgoh weh...singgit jee..."
ada jugak jual tudung+baju
"adik abang kakak meh datang dekat tengok baju tengok tudung. tudung lilit,tudung saji,tudung kapan,tudung siput,tudung batu,semua murahhhh!!"
rata-rata nya bangsa malaysia.
xkesahh la melayu,cina,india ataupun etnik lain. janji 1malaysia. ataupun istilah lagi tepat ialah orang tempatan. ya.orang tempatan. duk sibuk aku khusyuk berjalan (ceh macam khusyuk sangat) aku sibuk perhati siapakah gerangan individu-individu di sekitar pasar. nak lagi tepat? ok, senang citer,mengusha>>
dan alangkah asingnya aku.
sambil aku mengushaa jualan hebat dan promosi peniaga-peniaga yang masing-masing rancak bergerak mulut dan tangan aku terdengar sesuatu.
"iyaa dong, aku kelaparan. mau makan murtabak nggak?"
ada lagi. (time ni melintas tempat abang jual ubi kayu)
"mas, ini berapaa ya kalau satu kilo. boleh dapat murah ngaak?"
ni pulak melintas kedai tudung
"wahh, cantik bangat dongg.. aku mau beli ini..kamu rasa gitu jugaa?"
(padahal tak pakai tudung pown.okay fikir positif.maybe dia dah dapat hidayah ataupun nak hadiahkan pada nenek dia.)
dan sememangnya aku rasa terasing.
dan bewildered. (cehh ayat omputeh)
ataupun kata lain terkejut macam badak bila tersedak rumput. (badak=rumput?)
serious, aku rasa macam berada di jakarta.
dan bukannya pasar malam tipikal malaysia yang sememangnya menjadi tempat feberett aku zaman dolu-dolu.
tapi yang peliknya, penjual warga tempatan. pembeli kebanyakannya warga asing. (tak tau la pati ke tak, wallahualam) adakah senario itu sememangnya asing? mungkin tak. tapi gambaran ini seolah-olah menampakkan bahawasanya negara kita dah hampir dijajah oleh warga-warga asing ni.
okay. secara simple nye lah kan.
Jumlah Statistik Pekerja Asing Sah Dan PATI Yang Telah Didaftarkan Menerusi Program 6P (sehingga 31 Ogos 2011)
KATEGORI | JUMLAH |
Pekerja Asing Sah | 1,016,908 |
PATI | 1,303,126 |
Pekerja Asing Sah + PATI | 2,320,034 |
Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 06 September 2011 20:20
sumber: http://www.imi.gov.my/
jelas kan? PATI je dah mencecah satu juta bro. bukan seratus ribu.bukan dua puluh ribu empat ratus tiga puluh. SATU JUTA. bayangkan.
kiri kanan depan belakang warga asing.
itu belum lagi yang belum didaftarkan melalui program 6P. yang sembunyi,yang duk ceruk-ceruk tu kita pown tak pasti bilangan dia berapa.
okay. cuba tengok ni pulak
BERITA
Isnin Mei 3, 2010
1.9 Juta Pekerja Asing Dicatat Sehingga 31 Disember 2009
KUALA LUMPUR: Lebih 1.92 juta pekerja asing yang sah berada di negara ini sehingga 31 Disember tahun lepas.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, jumlah yang direkod itu adalah berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia.
Beliau berkata, daripada 1,918,146 pekerja asing itu, Indonesia mencatat bilangan paling tinggi iaitu 991,940 orang, diikuti Bangladesh (319,020), Nepal (182,668), Myanmar (139,731) dan India (122,382).
jelas bukan?
yeahh. warga serumpun kita memonopoli sebahagian besar pekerja asing negara kita. aku tak kata salah pekerja asing ni bekerja di negara kita. tapi mungkin sewajarnya kemasukan diorang ni (merujuk kepada mereka-mereka) dikawal dan dijaga. memanglah merekaa ni (ibu-ibu bapak-bapak) membantu ekonomi negara, tapi kalau dah berlambak kes jenayah.rogol.rompak.seludup.(dan sewaktu dengannya), tindakan memang kena AMEK. (serious betul, ternganga kalau mak jah baca)
tapi
kalau kita imbas balik. ada juga satu mesej yang betul betul terselirat celah celah fakta tu. korek punya korek, korang akan jumpa jugak. maybe ada yang kata "apa pulak messsage2 ni, cer cite cer cite" .
okay.
fakta itu jugak membuktikan rakyat malaysia (khususnya beliaa macam aku ni) termasuklah Pak Meon yang berada di reban ayam, Mak Temah yang sedang menumbuk cili padi di dapur, Encik Zaki yang sedang bersenang lenang di office ber-ekon (aircond) semuanya memilih kerja. xgitu?
dan bila berbicara mengenai potong tangan.
okeh bukan hudud yang sedang aku bicarakan ini. tapi bila aku sentuh pasal potong tangan itu sebenarnya menggambarkan sindeket (betul ke ejaan aku ni) pengemis a.k.a peminta sedekah. yaaa. juga berlaku di pasar. (pasar yang dirahsiakan nama dan lokasinya)
aku menjadi hairan.
kenapa warga-warga pengemis a.k.a peminta sedekah ini tak mendapat perlindungan sewajarnya? kenapa tak ditempatkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun rumah-rumah lindungan. Memang kesian tengok diorang ni dengan tangan sebelah takde mengesot di tepi jalan-jalan pasar yang semenangya crowded dengan orang-orang yang berasak-asak di pasar malam (oh sememangya tipikal) sambil meminta-minta. dan aku bertambah hairan kebanyakkan nya jugak warga asing!
mungkinkah ni satu konspirasi(ceh) ataupun sindiket yang juga
didalangi warga tempatan?
memotong tangan atau mencacatkan seseorang dan memaksanya untuk menjadi, seorang pengemis a.k.a peminta sedekah. kejam sungguh masyarakat sekarang. norma dan batasan akal hilang disebabkan kewarasan akal yang mereng disebabkan money.
yeah, it is money, honey!
zaman materialistik. sungguh, takde siapa boleh nafikan tu.
dulu-dulu aku selalu ingat pesan-pesan orang tua.
"jangan keluar rumah, merayau-rayau. nanti ada orang culik kau pegi siam, potong tangan kau.nak mcam tu?"
"eee.takutnya. taknak lah! nanti nak makan dan cebok macam mana" (uh,sungguh tak matang)
"haa.tau pown. okay, gudboy.anak mithali :)" (ni aku tambah.hikhik)
yes.sekarang zaman materialistik. dan sekarang zaman manusia menjadi kejam.
dan sewajarnya kita jangan menjadi kejam dan materialistik demi mengejar wang.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".
H.R. Muslim
muhaiminulhakimjamaluddin
minowl minowl.. assalamualaikum..=)
ReplyDeleteheeee~~~
nice blog!
leh follow aq skali!..^_^
waalaikumusalam. :D
ReplyDeletedah follow dah wahai bibik bertauliah :) haha
rajin nye mok wat entry panjang2 ea.......
ReplyDeletegud job gud job
ceh. ni puji ke ape?
ReplyDeletehahahaaa. baca jangan tak baca plak MOK :P