okeh. memang pelik untuk korang membaca title yang berbunyi ala ala romantis berbunga bunga mekar mekar lagi-lagi kalau ada perkataan 'hati' dan 'tertarik'. Lagi-lagi di hujung ayat ada perkatan awak.
*okay kepada yang alergik mahupun sensitip dengan ayat cintan cintun harap bersabar sebentar*
awak itu sebenarnya merujuk kepada seorang wanita :DD
"Wanita? Buat tebiat betul kecik-kecik dah bercinta bagai" (mesti tu andaian korang)
dan ni jawapan aku
"eh, aku bukan kecik lagi eh, umur dah lapan belas taon dah!haha"
CIK BEAH oh CIK BEAH.
sungguh. tak keterlaluan kalau aku cakap Cik Beah menjadi inspirasi aku. dan sungguh, tak keterlaluan kalau aku mengatakan Cik Beah mampu membuat aku muhasabah diri sendiri. mungkin saat korang membaca post ini korang terkedu mahupun terkejut sakan beruk yang mampu merencatkan seketika pemikiran. ya. memang tak salah lagi. memang tajuk ini berbunyi 'kenapa hati aku tertarik kepada cik beah'. pasti saat ini ada yang mengigit-gigit jari mahupun mengoyak-goyakkan bantal busuk di bilik melihatkan tajuk ini yang begitu menjeleskan hati. (perasan sekejap). Ya. Cik Beah memang cantik. Tak perlu memakai tudung ala-ala kain kapan dililit-lilit ke kepala dan meniru gaya hanatajima,yuna dan sebagainya (baru tahu nama). Sungguh, tak perlu juga Cik Beah memakai tudung nasi lemak. (cuba tengok nasi lemak yang pagi-pagi jual. nampak apa? dibalut daun pisang dan ada sebahagian nasi yang tak ditutup). Tak perlu juga Cik Beah memaut kontoversi memakai tudung saji, baldi, tudung ceper, dan seangkatan dengannya semata-mata mahu meraih populariti.
Tapi, sabar dulu.
andaian melulu takkan membawa ke mana-mana. kepada sesiapa yang gatal-gatal atau sensitip membaca title yang begitu kontroversi ini harap dapat bersabar dahulu. Nama Cik Beah mungkin kelihatan agak konservatif dan agak kekampungan. Malah tak salah kalau andaian mengatakan nama Cik Beah ini empunya badan kepada wanita-wanita 40-an yang masih bergetah memakai kebaya berjalan keliling kampung menjual jamu. Lebih kurang macam janda berhias.hahahha. sebenarnya bukanlah macam tu. aku pown baru je berumur belasan tahun. study belum lagi habis. cuma hari ini kredit ditujukan khas kepada cik beah. Nak tahu identiti Cik Beah?
are you ready kids?
ayai capten!
i can't hear you
ayai capten!
hahaa
okayokay
aku akan mendedahkan identiti sebenar cik beah melalui video ini. Harap korang beramah mesra dengan beliau. orangnya baik dan memang peramah. Melalui kata-kata dia aku jadi sangat tertarik. Ya. Mungkin sebab itulah faktor major dan dominan aku tertarik kepadanya. :D
betul kan?sebab itulah aku tertarik kepada CIK BEAH.
sebab dia membawa aku dekat dengan tuhan yang ESA iaitu ALLAH SWT
sungguh, timbul rasa keinsafan. (walaupun video tudung tu ditujukan kat kaum wanita)
okay la. janji mesej menutup aurat tu jelas kan? bukan kaum wanita je malahan kaum lelaki juga wajib menutup aurat :D
dan video video laen jugak betul banyak mengajak kita muhasabah diri :D
dan video video laen jugak betul banyak mengajak kita muhasabah diri :D
harap tarbiyah membina jati diri,
yang benar bersama kita imani. :D
muhaiminulhakimjamaluddin
No comments:
Post a Comment